Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Saturday, 23 November 2013

Bina Kumpulan Cemerlang melalui formula 3K


Presiden Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (2013-2014), Hj. Awang Jafar CC, CL dan Mantan Presiden (2012-2013), Sharifah Fatimah Sharif Ameeril CC, ALB


Apabila seorang pemimpin berhasrat mengajak orang lain kepada kejayaan, maka perkara asas dan utama yang perlu dilakukan adalah membina kumpulan. Persefahaman dalam kumpulan sangat penting untuk menjayakan sesuatu matlamat sehingga menjadi kenyataan dan cemerlang.

Sunday, 15 September 2013

" Optimis " adalah senjata menghadapi kesukaran dan masalah.




Apakah kebiasaan komen anda, apabila menghadapi bantahan dan penolokkan dalam sesuatu sesi mesyuarat, di mana perbezaan pendapat tidak dapat mengambil jalan tengah? Apakah respon anda apabila prestasi perjalanan perniagaan tidak mendatangkan keuntungan, sehingga syarikat terpaksa melakukan efisiensi perbelanjaan di sana-sini, termasuklah memotong bonus atau kemudahan terhadap para pegawai? Apa yang anda fikirkan apabila pelanggan yang dahulunya sangat setia, tiba-tiba berpaling menggunakan khidmat pesaing anda (pihak lain)?

Saturday, 14 September 2013

Evaluation & Humorous Speech Contest 2013 - SANDAKAN TOASTMASTERS CLUB


Gambar para peserta pertandingan bersama Jawatankuasa Penganjur & Rombongan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan


Jawatankuasa Kelab Pidato Toastmasters Sandakan diketuai oleh Presiden, Hj. Awang Jaafar telah menghadiri Program Evaluation & Humorous Speech Contest peringkat Sandakan Toastmasters Club tahun 2013 di Ballroom, Borneo Cove Hotel, Sandakan pada Khamis.

Wednesday, 11 September 2013

MAJLIS INSTALASI 2013/2014 - Sabah Hotel, Sandakan


Barisan Jawatankuasa Baru 2013-2014 Kelab Pidato Toastmasters bersama Area K2 Governor, Datin Betty Hiew CC, CL


Toastmasters District 87 Governor 2013/14, Datin Grace Chiu DTM berkata, jika kita mengutamakan kualiti sudah pastinya ia akan disusuli dengan kuantiti, orang lain tidak akan datang menyertai kita sekiranya kita tidak membantu mereka.

Saturday, 24 August 2013

Lawatan Pertama Area Governor K2, Datin Betty & Lee Chye Ewe DTM Ke Kelab Pidato Toastmasters Sandakan




Area Governor K2 (2013-2014), Datin Betty bersama Distinguished Toastmaster Lee Chye Ewe  telah mengadakan siri lawatan pertamanya ke Kelab Pidato Toastmasters Sandakan di lokasi mesyuarat latihan Lot 2 Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Aiport, Batu 7 Sandakan pada Rabu.

Monday, 5 August 2013

District 87 Toastmasters Leadership Institute (TLI) 2013-2014 Round 1




Program latihan kepimpinan District 87 Toastmasters Leadership Intitute (Pusingan Pertama) tahun 2013-2014 telah berlangsung pada Ahad 04 Ogos 2013 bertempat di Mini Theater, Wisma SESB, Kota Kinabalau.

Wednesday, 3 July 2013

Kursus Pengucapan Awam - Staf Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Sandakan


Datuk Hassan Alban Sandukong DTM


Distinguished Toastmaster, Datuk Hassan Alban Sandukong dari Kelab Pidato Toastmasters Sandakan diberi kepercayaan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Sandakan memberikan Kursus / Latihan Komunikasi kepada kakitangannya (staf) selama dua bulan.