Salam sejahtera dan salam hormat.
TARIKH:
MASA:
TEMPAT:
Sebarang pertanyaan dan pencerahan sila hubungi Pengacara atau Presiden Kelab melalui WhatsApp SANDAKAN PIDATO.
Terima kasih.
Apa Itu Toastmasters...?
SALAM SEJAHTERA & SALAM HORMAT. Toastmasters International adalah sebuah organisasi terkemuka dunia dalam pembangunan memperkasa komunikasi dan kepimpinan. Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato) salah satu daripada 16,800 kelab di 143 buah negara di seluruh dunia yang membentuk rangkaian global yang merangkumi sejumlah 358,000 ahli berdaftar.
Keahlian dalam Toastmasters adalah salah satu pelaburan yang paling minima serta besar faedahnya untuk pembangunan kendiri. Yuran hanya sekitar RM33 setiap bulan, ia juga merupakan salah satu institusi yang paling berkesan dengan kos seumpamanya di mana-mana seluruh dunia.
Bagaimana Ia Berfungsi?
Mesyuarat Latihan Toastmasters adalah bengkel pembelajaran, di mana ahli dan peserta mengasah bahasa, pengucapan awam dan kemahiran kepimpinan dalam suasana tanpa tekanan.
Tidak ada tenaga pengajar dalam setiap mesyuarat latihan Toastmasters. Sebaliknya, ahli-ahli menilai persembahan dan penyampaian satu sama lain. Proses maklum balas adalah satu bahagian penting dalam menjayakan program ini.
Peserta mesyuarat juga memberi ucapan yang diberi nama "Tajuk Bualan" tanpa persediaan mengenai topik-topik yang diberikan, mesyuarat latihan tersebut merangkumi proses pembangunan kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan masa, tatabahasa serta dilaksanakan mengikut prosedur parlimen.
Teruskan perjalanan perkembangan peribadi dan profesional anda melalui program pendidikan Pathways, Toastmasters! Sebagai asas pengalaman Toastmasters anda, Pathways direka khusus untuk membantu anda membina kecekapan yang anda perlukan untuk berkomunikasi dan memimpin.
Sejak tahun 1924, lebih daripada 4 juta orang di seluruh dunia telah menjadi penceramah lebih yakin dan pemimpin kerana penyertaan mereka dalam pembelajaran di Toastmasters.
Mengapa perlu menyertai?
Dalam sesi mesyuarat latihan Toastmasters satu kumpulan ahli seramai 20 hingga 30 ahli yang hadir setiap minggu, dua kali atau sebulan sekali. Mesyuarat Latihan ini berlangsung selama 60-90 minit.
Program Toastmasters menawarkan banyak faedah yang dapat membantu orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat. Kesan dan hasil daripada menyertai Toastmasters, anda akan dapat:
- Meningkatkan kemahiran pengucapan awam
- Membina kemahiran kepimpinan
- Meningkatkan potensi diri
- Nikmati pembangunan kendiri tanpa had
- Lakukan kerja di atas talian dengan suasana bantuan
- Latihan menulis ucapan dan mempersembahkan dalam kumpulan yang tersusun
- Memperolehi kelebihan competitif di tempat kerja
- Membina kesedaran dan keyakinan diri
RM33 Yuran Ahli sebulan atau RM200 untuk selama enam bulan, ditambah apa-apa perbelanjaan kelab. (Beberapa kelab mungkin mengenakan bayaran nominal sebagai tambahan kepada yuran tetap untuk peralatan seperti ruang mesyuarat dan bekalan kelab.). Lebih daripada 4 juta orang telah menemui manfaat formula pembelajaran ini yang sangat terbukti. Menyertainya amatlah mudah - hanya beberapa langkah sahaja:
Langkah 1:
Datanglah ke pusat Kelab Pidato, di alamat; Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Mesyuarat diadakan setiap hari Rabu bermula jam 7:30 petang dua kali sebulan iaitu pada setiap minggu ke-dua dan minggu ke-empat.
Langkah 2:
Permohonan menjadi ahli boleh dilakukan dengan menghubungi Vice President Membership untuk mendapatkan borang keahlian.
Langkah 3:
Kembalikan borang permohonan anda berserta yuran keahlian kepada Vice President Membership.
Setelah itu pegawai kelab akan memanjangkan permohonan anda ke Ibu Pejabat Toastmasters International di Amerika Syarikat.
Kit Ahli Baru Anda akan dikirim oleh pihak Ibu Pejabat dalam masa dua minggu bergantung kepada keadaan semasa.
(Dikemaskini pada: 12/09/2019)
STANDARD TATACARA DIGUNA PAKAI DALAM PELAKSANAAN MESYUARAT LATIHAN KELAB-KELAB TOASTMASTERS