Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Sejarah


BAGAIMANA KELAB PIDATO TOASTMASTERS SANDAKAN BERMULA



Tarikh 4 Mac 2003 adalah hari amat bersejarah di mana Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato) tertubuhnya, ia adalah satu satunya di antara rangkaian kelab Toastmasters yang wujud di negeri Sabah dikendalikan dengan medium Bahasa Malaysia.

Kelab Pidato merupakan sebuah kelab yang berlandaskan kepada 100% menjalankan aktiviti pendidikan yang berhubungkait kemahiran pengucapan awam dan kepemimpinan. Ia adalah rangkaian dari Toastmasters International di Amerika Syarikat yang menyalurkan modul pembelajaran pengucapan awam dan seni kemahiran kepimpinan.

Penubuhan Kelab Pidato ditaja sepenuhnya oleh Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Hassan Alban Sandukong DTM.


Penaja Kelab Pidato Datuk Hassan Alban Sandukong DTM


Beliau mendapat ilham untuk menubuhkannya adalah dengan mengambil pandangan positif  bahawa betapa pentingnya sebuah intstitusi pembelajaran pengucapan awam di daerah Sandakan pada ketika itu.

Dengan beberapa kerjasama rakan yang lain beliau berjaya mewujudkan sebuah pasukan jawatankuasa yang terdiri seramai 7 orang Ahli Exco Kelab di mana yang dipertua kelab dikenali Chartered President Tuan Haji Awang Jafar CC, CL terpilih memulakan langkah untuk menggerakkan Kelab Pidato meneruskan program kerja pendidikan di bidang latihan pengucapan awam kepada semua ahli kelab.


 Chartered President Kelab Pidato Hj. Awang Jaafar CC, CL


Bukan itu sahaja, pada masa sama ahli kelab berpeluang untuk mempelajari lain-lain bidang seperti kepimpinan, pengurusan masa, pentadbiran organisasi, serta kemahiran lain seperti latihan menyusun dan penyampaian pidato yang efektif, latihan mendengar dengan berkesan, memperkasa bahasa melayu dan banyak lagi.

Datuk Hassan Alban Sandukong DTM sendiri pernah menjawat posisi President Kelab Pidato Ke-4 (2008-2009), setelah itu bermulalah perkembangan berperingkat pendedahan kewujudan sebuah kelab pengucapan awam yang membuka peluang penyertaan kepada masyarakat daerah Sandakan.

Ramai di antara para guru dan pegawai kerajaan termasuk juga kalangan swasta yang telah terlatih semasa berada di Kelab Pidato. Mereka perolehi penganugrahan pencapaian kecemerlangan dari Toastmasters International yang berpusat di Amerika Syarikat yang telah mengikhtiraf mereka sebagai Pemidato Mahir dan Pemimpin Cemerlang.


SENARAI PRESIDENT SEJAK PENUBUHAN SEHINGGA KINI:

2003-2006  Hj. Awang Jaafar CC, CL
2006-2007  Datin Nurifrideri Bederi ACS, ALB
2007-2008  Hj. Pg. Biddin Timbang ACB, CL
2008-2009  Datuk Seri Panglima Hassan Alban Sandukong DTM
2009-2010  Hatta Yunus Sawabi ACG, ALB
2010-2011  Hj. Al-Fazli Mohd Salleh ACS, ALB
2011-2012  Nur Asmah Pang CC, CL
2012-2013  Sharifah Fatimah Sharif Ameeril ACB, ALB
2013-2014  Hj. Awang Jafar CC, CL
2014-2015  Alawih Dantalmura ACG, ALB
2015-2016  Hajah Kasmah Mokmin CC, CL
2016-2017  Anangdiri Janang CC, CL
2017-2018  Alawih Dantalmura ACG, ALB
2018-2019  Noraini Hj. Mundos CC, CL
2019-2020  Datin Nurifrideri Bederi ACS, ALB


Sumber:  Admin - (Dikemaskini 27/12/2019)


Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato pada Rabu minggu ke-dua dan ke-empat setiap bulan bermula jam 7:30 petang - 9:30 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport Batu 7, Sandakan. TOASTMASTERS INTERNATIONAL where leaders are made.