Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Sunday, 13 January 2013

Komunikasi Yang Positif




Komunikasi atau pertuturan sesama kita merupakan salah satu seni pembinaan personaliti. Ia termasuklah komunikasi ringkas dengan kawan-kawan dan rakan sekerja yang biasanya membawa impak yang besar kepada hati seorang insan yang mendengarnya. Terdapat alternatif-alternatif yang amat berkesan yang dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi ketika berkomunikasi dengan orang lain.

Selalunya apakah antara ayat-ayat yang kita akan gunakan sekiranya kita mahu meminta bantuan dan pertolongan daripada orang lain atau sekiranya kita ingin meminta tolong daripada seseorang membuat sesuatu untuk kita?

Selalunya , tanpa kita disedari, kerap mengucapkan dialog tanpa kita memikirkan tindak balas atau kesannya terhadap orang lain, kerana cara yang sering menjadi tabiat dan kebiasaan saban hari.

Sebagai contoh ayat suruhan:  " Saya nak awak selesaikan minit mesyuarat semalam. "

Cara Alternatif:  " Saya perlukan pertolongan awak menyiapkan minit mesyuarat semalam untuk edaran segera. "

Di dalam penyataan di atas, kita masih menyatakan kita minta dia melakukan sesuatu (dengan nada yang baik dan bersopan) walaubagaimanapun pada masa yang sama, kita memberitahunya kenapa ia perlu disiapkan atau dilaksanakan.

 Kebanyakan dari kita hanya tahu menyuruh orang lain melakukan sesuatu, tapi kita lupa memberitahu mereka kenapa perkara tersebut perlu dilakukan. Ini menyebabkan, orang lain kadang-kadang berada dalam keadaan serba salah dan tidak faham permintaan kita.

Jika kita sebagai ketua didalam sebuah organisasi,  tidak salah sekiranya kita menggunakan kedua-dua frasa di atas, namun frasa yang kedua lebih menampakkan sikap lembut atau berhemahnya kita dalam meminta pertolongan seseorang melakukan sesuatu tugasan.

Tanpa disedari kita dapat mendidik orang bawahan kita melakukan perkara yang sama terhadap orang lain. Akhirnya aura berhemah ini akan berkembang di sekeliling kita.

Sebagai contoh dalam suasana kita sedang menunggu kiriman email atau surat daripada seseorang. Kita sering bertanya mereka dengan soalan-soalan sepeti ini:

Contoh:  " Dah hantar ke email tu? atau Kenapa tak hantar lagi? "

Dalam keadaan begini kita menuding kesalahan kepada orang lain. Sekiranya benar mereka sudah menghantar email sedangkan ada masalah teknikal yang tidak diketahui, sudah tentu mereka akan rasa tersinggung dengan pertanyaan yang sedemikian.

Oleh itu, sebagai alternatif kita boleh pilih bertanya begini:

" Saya masih belum terima email yang dijanjikan ... ( ayat seterusnya) "

Dalam keadaan kedua, kita merujuk kepada masalah kita iaitu dengan memberi makluman dan membuat andaian bahawa mungkin dia telah pun menghantar dan berlakunya masalah teknikal dan bukannya menuduh orang lain walaupun benar dia masih tidak menghantar email itu kepada kita.

Dengan cara ini, sekiranya benar dia sudah menghantar email, dia akan memberi respon yang responsif dan bukannya defensif. Namun, sekiranya dia masih belum menghantar email tersebut, dia akan segera melakukannya kerana dia dengan sendirinya menyedari bahawa kelewatan yang dia lakukan menyebabkan orang lain tertunggu-tunggu.

Ini merupakan satu cara pesanan yang dapat membina dan meningkatkan personaliti seseorang dengan lebih baik dan berkesan di dalam komunikasi.

Kurangkan bertanya mengapa dan kenapa di dalam komunikasi kecuali apabila kita hendak menghukum seseorang dalam keadaan yang seadilnya, ianya (pernyataan pertama) memang wajar digunakan.

Sentiasa berfikir sekiranya mahu berbicara, dan selalu merujuk ayat itu kepada kita sebelum kita melafazkannya. Dengan berlatih, penguasaan komunikasi akan menjadikan kita lebih berhemah.Usahlah kita sering mencari kesalahan orang lain tetapi gunakanlah pendekatan-pendekatan positif agar dapat memberikan impak yang lebih baik kepada seseorang dan masyarakat seluruhnya.

Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato Toastmasters Sandakan pada Rabu minggu ke-dua dan ke-empat di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan atau sebarang pertanyaan emailkan kepada kami di kelabpidatosandakan@gmail.com Toastmasters di mana pemimpin tercipta.


Susunan:  Admin
Sumber:  Google Image


No comments:

Post a Comment