Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Sunday, 15 September 2013

" Optimis " adalah senjata menghadapi kesukaran dan masalah.




Apakah kebiasaan komen anda, apabila menghadapi bantahan dan penolokkan dalam sesuatu sesi mesyuarat, di mana perbezaan pendapat tidak dapat mengambil jalan tengah? Apakah respon anda apabila prestasi perjalanan perniagaan tidak mendatangkan keuntungan, sehingga syarikat terpaksa melakukan efisiensi perbelanjaan di sana-sini, termasuklah memotong bonus atau kemudahan terhadap para pegawai? Apa yang anda fikirkan apabila pelanggan yang dahulunya sangat setia, tiba-tiba berpaling menggunakan khidmat pesaing anda (pihak lain)?

Semuanya itu seringkali menjadikan minat kita seolah diselimuti oleh penglihatan yang kabur. Acapkali dengan mudahnya kita merasa terpinga, berkeluh-kesah, mencari-cari kesalahan. Keadaan seperti itu juga kerap menjadikan diri kita rasa kekok serta boleh jadi tidak bermaya untuk mencari jalan penyelesaian.

Kekadang, sukar bagi kita menyalahkan pihak lain, jika memang mengalami keadaan yang buruk. Namun begitu, kita seharusnya perlu mawas diri dan bertanya, apakah sikap pesimis, bahkan sinis, ini akan berguna atau boleh membawa kebaikkan? Bukankah berfikir itu adalah awal dari tindakan yang kita akan lakukan? Begitu juga apabila kita memulakan sesuatu dengan sikap secara negatif maka kita tidak berpeluang untuk memulakan sesuatu yang lebih baik.

Dalam bidang perniagaan, kejutan seperti rakan niaga yang secara tiba-tiba bertukar fikiran dan mungkir janji, kesilapan mengambil keputusan akan mendatangkan bebanan kerugian, malah kadang berlaku terus-menerus. Cuba bayangkan, apakah akan terjadi apabila kita sudah kehilangan sifat optimisme? Tidak adanya optimisme, tanpa disedari akan menyebabkan ekonomi merosot kerana tidak ada pengembangan baru terhadap perniagaan kita secara profesional.

Sikap pesimis (lawan kepada optimis) juga menyebabkan kita tidak lagi antusias melakukan pelaburan demi kemajuan dan pulangan perniagaan, bahkan mematikan niat untuk mencari rakan-rakan berbakat. Dan anihnya, dalam keadaan seperti ini, banyak idea baru yang direspons secara getir, penuh kesinisan. Bukan saja orang menekankan sikap konservatif, atau “buy in” idea baru lemah, tetapi penolakan tersebut diwarnai rasa agresif. Seperti contoh ada pihak yang memberi komen “Ah, basi!”, selalu kita dengar, umpamanya apabila ada rakan kerja mengeluarkan idea yang memberi kesan "biasa-biasa" saja.

Jadi, boleh dikatakan bahwasanya musuh optimisme bukanlah sekadar pesimisme, tetapi juga kesinisan. Oleh itu dalam setiap idea atau keadaan, yang muncul secara tiba-tiba di dalam persepsi kita adalah pandangan negatif, yang bahkan ditaburi dengan memori-memori lama tentang keburukan keadaan. Bukankah ini boleh menghalang pergerakkan dan prestasi kemajuan kita?

Seorang usahawan pengiklanan, Jay Chiat berkata bahwa ketrampilan hidup yang perlu senantiasa dikembangkan adalah untuk menghadapi ancaman kecundang. Beliau berkata optimisme adalah satu-satunya senjata menghadapi kesukaran. Itulah sebabnya, kita perlu melatih mental secara rutin untuk melakukan berbagai perkara sebaik-baiknya, sungguhpun kemampuan kita terbatas.

Kita boleh menyaksikan para usahawan yang berjaya jarang kita mendengar keluhan perkara-perkara yang tidak dimiliki mereka, tetapi justeru menghargai apa yang mereka miliki dan apa hasil keuntungannya. Dengan demikian kita terbiasa berada dalam keadaan di bawah tekanan, bukan mengeluh, merengek, tetapi siap siaga untuk membangkitkan usaha untuk bertindak positif  “call for action”.


Disiplin berfikir sebagai asas optimisme


Optimisme adalah keyakinan bahwa hampir semua masalah dapat diselesaikan dengan kerja keras dan pemikiran yang positif. Meskipun terdengar sederhana, tapi kita tahu benar keadaan ini tidaklah mudah, apalagi jika memang berita-berita buruk datang silih berganti dan persekitaran kita pun seringkali menimbulkan sikap pesimisme. Itulah sebabnya, kita perlu kerap kagum pada orang yang dapat berfikir secara optimis, padahal kitapun mengetahui bahwa nasibnya tidaklah sehebat orang lain.

Sebenarnya, tidak kurang kajian yang menunjukkan bahwa orang yang berpikiran positif memiliki tahap kejayaan yang lebih tinggi dalam tindakkan pekerjaannya, pendidikan, bahkan dalam norma hidupnya. Hasil kajian penelitian mengatakan bahwa optimisme ini ditularkan. Orang tua yang optimis, biasanya membesarkan anak-anaknya yang optimis pula. Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah kita dapat senantiasa bersikap optimis?

Yang pertama, kita perlu memperhatikan apakah ungkapan perbendaharaan kata kita mengandungi kata-kata mutiara yang mempengaruhi minda kita yang positif, atau sebaliknya, perbendaharaan kata justeru didominasi kata-kata yang “menjatuhkan”, seperti,”mana mungkin?”, "apa iya?”, atau “ salah siapa?”.

Kita boleh memerhatikan di mana kata-kata negatif yang ada di dalam fikiran atau yang kita ucapkan, akan membawa fikiran kita ke dalam perbualan defensif atau tidak produktif. Andaikan kumpulan kata-kata kita selalu bersifat menentang kita untuk melanjutkan pemikiran kita, seperti bertanya terperinci, memikirkan kemungkinan pelaksanaan tindakan, membayangkan pelbagai kemungkinan untuk berpikir kreatif dan menyelesaikan masalah, maka tanpa disedari selera kita akan terangkat dan kita pun akan terpengaruh dengan fikiran kita sendiri, terbawa-bawa kepada suasana pencarian penyelesaian.

Optimisme sebenarnya juga perlu diiringi dengan tingkahlaku berfikir eksploratif yang akhirnya memungkinkan kita untuk memfokus jalan keluar yang lebih baik serta berkesan.


Peraturan 24 kali 3


Kita tentu pernah melihat orang yang memotong atau menyampok pendapat orang lain dan seketika menilai idea seseorang itu adalah buruk dan tidak betul, padahal orang tersebut belum lagi selesai melengkapkan ucapan pendapatnya. Tidakkah kita kekadang berpikir bahwa komen negatif itu terlalu dini? Pernahkah kita membuang muka ketika berhadapan dengan seseorang yang tidak kita suka atau seseorang yang pertama kali kita jumpa? Bukankah bila kita fikirkan lebih lanjut, kita telah menyia-nyiakan kesempatan yang positif untuk membina hubungan atau paling tidak menerima informasi?

Bererti, perkara yang perlu kita latih juga adalah menahan respon, untuk tidak segera memberi komen, penilaian dan memberikan keputusan. Sebaliknya, kita perlu memperhatikan terlebih dahulu informasi yang kita terima untuk memberikan kita waktu berfikir dengan positif dari setiap sudut.

Seorang pakar motivasi mengemukakan tentang “Rule 24x3”, untuk melatih diri berpikir dan bersikap optimis. Sebelum kita memberikan komen sesuatu yang kita rasa tidak baik, maka kita perlu menunggu 24 saat sebelum memberikan respon. Mengapa? Kerana, apabila tidak menunggu 24 saat, kita tidak sempat mencerna apa yang kita tangkap. Ini sebenarnya bukan perkara yang istimewa, namun ia adalah asas dari ketrampilan kemahiran mendengar.

Selanjutnya, kita perlu menggunakan 24 minit pula untuk memikirkan sesuatu atau idea tersebut, menerobosi dan melakukan penilaian tentangnya. Setelah kita nilai, apabila kita ingin menyampaikan kritikan ataupun ketidaksetujuan terhadapnya, alangkah baiknya kita "petakan" dulu sanggahan kita untuk semalaman, sehingga kita boleh mematangkan ketidaksetujuan kita itu dalam masa 24 jam.

Rumus 24 x 3 yang sederhana ini, sebenarnya adalah salah satu teknik untuk mengatur pemikiran, agar tetap jernih dan obiektif. Kita perlu berlatih dan mendisiplinkan diri untuk bersikap seperti ini, apatalagi di zaman komunikasi instan dan digital, melalui media sosial, yang sangat-sangat real time ini. Keadaan ini mungkin menyebabkan kita seolah-olah lambat bertindak, namun bukan pula konvensional dan sinis, tetapi justeru mempunyai nila objektif.

 
Susunan:  Admin
Sumber: Eleen & Sylvina (Pakar Perunding Motivasi)

No comments:

Post a Comment