Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Thursday, 18 August 2016

Pertandingan Pidato Lawak Jenaka dan Ucapan Penilaian



Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato) telah menganjurkan program Pertandingan Pidato Lawak Jenaka dan Ucapan Penilaian peringkat kelab 10 Ogos lepas bertempat di Pusat Pengucapan Awam Kelab Pidato, Lot 2, Tingkat 1, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan.

Pengerusi Penganjur Pertandingan, Datin Nurifrideri Bederi ACS/ALB memaklumkan, program berkenaan terbahagi kepada dua ketegori iaitu:

Pertandingan Pidato Lawak Janaka di mana para peserta diberikan peruntukan masa selama 5 - 7 minit masa berpidato dan hendaklah isi kandungan pidato berkisar kepada suasana lucu dan lawak.

Pertandingan Ucapan Penilaian pula adalah di mana para peserta diberikan peruntukan masa berucap selama 2 minit dan menilai ucapan seorang pemidato yang dijemput khas untuk menyampaikan pidato pada pertandingan berkenaan.

Johan atau pemenang dari pertandingan berkenaan akan mewakili Kelab Pidato untuk bertanding pada peringkat Area K yang dijangka akan diadkan pada 21 Ogos 2016.

Tahun ini Kelab Pidato akan menjadi Tuan Rumah sebagai Penganjur Program Pertandingan untuk Peringkat Area K merangkumi 5 buah Kelab Toastmasters.


Pengerusi Penganjur Datin Nurifrideri Bederi ACS/ALB dan Presiden Anangdiri Janang CC sedang membincangkan sesuatu diperhatikan oleh Ling How Kee DTM 


Ahlijawatankuasa pertandingan sedang meneliti semua Sijil untuk Pemenang dan Peserta


Dua orang petugas Juru Waktu


Barisan para peserta Pertandingan Pidato Lawak Jenaka dan Ucapan Penilaian


Ahlijawatankuasa Penganjur Pertandingan bersedia mengendalikan acara pertandingan


Datuk Hassan Alban DTM, Johan Pertandingan Ucapan Penilaian


Mohd Taufiq Abdullah CC, Johan Pertandinang Pidato Lawak Jenaka


Toastmaster Jailan Oyong, Naib Johan Pertandingan Ucapan Penilaian


Sedang menikmati jamuan ringan yang disediakan pihak Penganjur Pertandingan


Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato pada Rabu minggu ke-dua dan ke-empat setiap bulan bermula jam 7:30 petang - 9:30 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport Batu 7, Sandakan. TOASTMASTERS INTERNATIONAL where leaders are made. 


Oleh:  Admin


No comments:

Post a Comment