Monday, 22 September 2014
Lima kaedah pengucapan berkesan
Tidak dinafikan memang semua orang boleh berucap di khalak umum, namun tidak semua orang boleh menarik perhatian audien dengan berkesan semasa berucap.
Kebiasaannya di antara penyampai ucapan piato menghadapi keadaan yang tidak menentu sebelum memulakan pembentangan ucapan. Kadang kala berlaku situasi seseorang murung sebelum memulakan tulisan sebuah ucapan, bagaimana hendak memulakannya.
Perkara yang amat penting untuk memulakan pengucapan adalah menghindarkan kegugupan. Apabila anda berhasil menghadapi situasi ini dengan memulakan ucapan dengan tenang dan berkeyakinan dengan teknik persembahan yang tersusun rapi, pasti hasilnya anda akan merasa selesa terhadap persembahan yang seterusnya.
Bagaimana anda memulakan persediaan pengucapan awam dengan baik serta menarik perhatian audien. Berikut adalah perkongsian dengan anda lima kaedah yang mampu menyokong keberkesanan pengucapan atau pembentangan yang anda akan lakukan kelak.
Menyelitkan sebuah cerita
Kaedah berkongsi cerita yang disampaikan kepada audien dapat menghiburkan mereka. Jika ucapan anda adalah berdasarkan fakta-fakta dan statistik maka audien anda akan bertindak balas dalam salah satu daripada dua perkara iaitu pro atau kontra. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan kaedah bercerita, audien anda akan mengambil bahagian dengan ucapan anda. Menurut pendapat pakar, bercerita mampu meningkatkan tarikan perhatian audien sehingga 26%.
Lakukan teknik senyap sejenak (Silence)
Ada sebahagian penyampai ucapan tidak yakin dapat melakukan cara ini sebaik-baiknya. Sebenarnya teknik ini mudah untuk diamalkan, anda hanya perlu mengutarakan beberapa patah perkataan lalu berdiam sejenak dengan melahirkan ketenangan. Kemudian lanjutkan lagi dengan beberapa potong ayat lalu berhenti sejenak sehingga mewujudkan ketentraman. Cara seperti ini adalah bertujuan memudahkan anda menarik perhatian audien, apa yang penting pastikan anda dapat bersabar.
Fokus ke situasi Masa Depan atau Masa Lalu.
Teknik ini dikenali sebagai Prospektif dan Retropektif.
Prospektif bermaksud melihat ke masa hadapan seperti contoh “30 tahun dari sekarang, kerja anda akan tidak wujud.”
Retrospektif bermaksud melihat ke masa lalu seperti contoh "Pada tahun 1970, pasaran dunia 9% adalah dimilki oleh negara Jepun. Hari ini, mereka memiliki lebih 37%. "
Kenyataan ini adalah, di mana situasi melihat ke masa depan atau masa lalu biasanya akan meningkatkan titik interaksi antara pemidato dan audien, sebab teknik ini mewujudkan suasana yang akan menarik perhatian dan dapat menghidupkan hati audien ambil perhatian terhadap ucapan anda.
Muatkan petikan kata-kata mutiara seseorang yang terkenal
Kaedah yang paling senang untuk memulakan pengucapan, apabila anda mampu menarik perhatian audien dengan cara memetik ungkapan penting seseorang pujangga. Fikirkan tentang memulakan ucapan dengan menyampaikan petikan seperti Albert Einstein atau Napoleon. Memetik ungkapan tokoh-tokoh tertentu memberikan kelebihan kepada ucapan anda, sebab teknik seperti ini dapat menarikan perhatian audien fokus terhadap ucapan anda.
Kongsi sesuatu yang luar biasa
Teknik ini memerlukan anda memahami sesuatu perkara yang mempunyai elemen luar biasa. Memaklumkan dan berkongsi fakta-fakta penting yang mengilhamkan, menginspirasi atau pandapat yang luar biasa. Contohnya melontarkan idea apakah hidup saya ini akan bertambah baik kerana saya mengetahui kecepatan sayap lebah berkepak dalam sesaat. Fakta seperti ini akan menjadi tarikan audien apabila anda dapat mengaitkannya dengan kejayaan manusia apabila diadaptasikan atau dijadikan iktibar.
Apakah yang anda ragui? Lakukanlah latihan, latihan dan berlatih mencuba untuk memulakan ucapan. Melangkahlah keluar dari zon selesa anda, pasti anda akan nikmati beberapa hasil yang positif dengan mencuba salah satu daripada 5 teknik di atas.
Kunjungi Pusat Latihan Pengucapan Awam Kelab Pidato Toastmasters Sandakan pada Rabu minggu ke-dua dan ke-empat setiap bulan, mula jam 7:30 - 9:30 malam di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters International di mana pemimpin tercipta.
Sumber: Admin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment