Alawih D. Yusop ACB menyampaikam Cendrahati kepada Datuk Zakaria Mohd Edris
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Zakaria Mohd Edris Tetamu Kehormat pada Malam Majlis Instalasi Exco Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato) Penggal 2014-2015.
Majlis yang dihadiri lebih 170 tetamu menyerikan suasana warna warni sesuai dengan tema Malam Majlis Instalasi tahun ini iaitu Warna Warni berlangsung di Hotel Borneo Cove pada Sabtu 6 September 2014.
Datuk Zakaria berkata Kelab Pidato Toastmasters Sandakan menjadi landasan penting kepada sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan tahap komunikasi secara konsisten.
Jelasnya kaedah yang ditekankan kebanyakannya menumpuhkan kepada kemahiran komunikasi seperti belajar menyampaikan ucapan secara jelas serta meningkatkan lagi keyakinan diri untuk menjadi pemidato berjaya.
Beliau yang juga ADUN N. 41 Gum Gum menggesa supaya generasi muda menerapkan pembelajaran seumur hidup untuk membentuk modal insan cemerlang yang kukuh dari segi jatidiri.
Menurutnya pihak kerajaan sentiasa menyokong apa sahaja aktiviti keilmuan yang memberikan manafaat kepada generasi sekarang supaya dapat berdaya saing di peringkat tinggi.
Terdahulu daripada itu Governor Area K2 Dr. Renuka Nambiar menyempurnakan Instalasi Jawatan Exco Kelab Pidato Toastmasters Sandakan bagi penggal 2014-2015, antara ahli Kelab Pidato yang dipilih membarisi Exco adalah seperti tertera:
PRESIDENT
Alawih Dantalmura ACB
VICE PRESIDENT EDUCATION
Datin Nurifrideri Bederi ACS, CL
VICE PRESIDENT MEMBERSHIP
Haji Abdul Karim Awang
VICE PRESIDENT PUBLIC RELATIONS
Haji Pg. Bidin Pg. Timbang ACB, CL
SECRETARY
Ling How Kee DTM
TREASURER
Hajah Kasmah Mokmin
SERGEANT-AT-ARMS
Nur Asmah Pang CC, CL
Datuk Zakaria Mohd Edris, Pengerusi Penganjura Hj. Awang Jafar CC, CL dan Datuk Hassan Alban Sandukong DTM
Tetamu Kehormat Datuk Zakaria Mohd Edris menyampaikan Ucaptama
Sebahagian dari para tetamu undanga Malam Majlis Instalasi
Puan Rukiah Hj. Damsal turut hadir bersama suami dan rakan
Pengerusi Penganjur Hj. Awang Jafar CC, CL menyampaikan Cendrahati kepada Governor Area K2 Dr. Renuka Nambiar ACG, ALB
Daniel Hj. Suhaimi turut hadir menyaksikan Majlis Instalasi
VPE Datin Nurifrideri Bederi ACS, CL bersama Datuk Zakaria Mohd Edris dan Isteri
Para tetamu dan ahli ahli-ahli Toastmasters bergembira berhibur bersama Kumpulan Kebuadayaan PUSAKA
Ramai tetamu turut serta berhibur
Ahli-Ahli Toastmasters bersama Area K2 Governor, Dr. Renuka Nambiar ACG, ALB
Barkunjunglah ke pusat latihan pengucapan awam di Mesyuarat Latihan pada Rabu minggu ke-dua dan ke-empat jam 7:00 - 10:00 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport Batu 7, Sandakan. TOASTMASTERS where leaders are made.
Sumber: Admin
No comments:
Post a Comment