Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Friday, 8 August 2014

Club Officers Training 2014 - Borneo Cove Hotel


Exco Sandakan Toastmasters Club dan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan bersama Area K2 Governor, Dr. Renuka Nambiar ACG, ALB pada program club Officers Training


Tahun ini pertama kali program Club Officers Training (COT) diadakan dan diwajibkan kepada semua Ahli Jawatankuasa (Exco) Kelab untuk menghadirinya. Ia merupakan Bahagian Pertama sementara Bahagian Ke-Dua adalah Toastmasters Leadership Institute (TLI) diadakan di Kota Kinabalu untuk Division K di mana Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato) dan Sandakan Toastmasters Club (STMC) termasuk di dalamnya.

COT yang julung kali diadakan pada Khamis di Bawang Bawang Hall, Borneo Cove Hotel, Sandakan telah menggabungkan dua buah kelab iaitu STMC dan Kelab Pidato serentak sebagai menjimatkan masa, kerana training untuk TLI diadakan pada 10 Julai 2014.

Taklimat daripada Area K2 Governor, ada tiga perkara penting yang ditekankan pada tahun ini untuk memperhebatkan prestasi kelab Toastmasters di peringkat Division K iaitu:;

1.  Quality of the Club
2.  Value of Members
3.  One Division

Adalah menjadi tanggungjawab Exco untuk menggemleng tenaga mengaplikasikan plan kerja dalam masa enam bulan untuk merealisasikan matlamat pemantapan organisasi kelab Toastmasters dengan mengambil kira perkara berkaitan di atas.

Dr. Renuka Nambiar ACG, ALB merumuskan dengan menerima baik semua idealisme yang dikemukakan oleh setiap peserta COT.

Katanya, semua idea yang bincangkan bersama dari President hinggalah ke Sergeant-At-Arms memainkan pranan positif untuk memantapkan prestasi qualiti kelab Toasmatsers.

Jelasnya, dengan adanya komitmen dari setiap Exco, tidak mustahil setiap masalah yang timbul dapat diatasi dengan mudahnya.

Turut hadir;  Immediate Past District 87 Governor Datin Grace Chiu DTM, Bekas Division K Governor Datuk Hassan Alban DTM dan Bekas Area K2 Governor Ling How Kee DTM.  


Ucap Taklimat Area K2 Governor, Dr. Renuka Nambiar ACG, ALB


Peserta COT ketika mengadakan perbincangan kumpulan brainstorming


President STMC Laurence Dumling CC, CL membentangkan perancangan mereka


Dr. Renuka Nambiar ACG, ALB memerhatikan pembentanga oleh 
salah seorang peserta COT


Peserta COT (Exco) dari Kelab Pidato


President STMC Laurence Dumling CC, CL (kiri), President Kelab Pidato Alawih D. Yusop ACB (tengah) dan Area K2 Governor Dr. Renuka Nambiar ACG, ALB (kiri)


Berkunjunglah ke pusat latihan pengucapan awam di Mesyuarat Latihan pada Rabu minggu ke-dua dan minggu ke-empat jam 7:30 - 10:00 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport Batu 7, Sandakan. TOASTMASTERS where leaders aremade.


Sumber: Admin


No comments:

Post a Comment