Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Sunday, 21 October 2012

PERTANDINGAN PIDATO LAWAK JENAKA DAN UCAPAN PENILAIAN PERINGKAT AREA K2 – 2012




20 Oktober 2012 – Sabtu, Lahad Datu: Pengalaman pertama kali menyertai pertandingan peringkat Area K2. Semuanya dikendalikan dalam bahasa English, suatu suasana yang sangat berbeza dengan keadaan di Kelab Pidato Toastmasters Sandakan dikendalikan dalam bahasa Malaysia.

Pertaningan Pidato Lawak Jenaka dan Ucapan Penilaian tahun ini menampilkan 11 orang ahli Toastmasters daripada Lahad Datu Toastmasters Club, Tawau Toastmasters Club, Sandakan Toastmasters Club dan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan.

Seramai 7 orang ahli Toastmasters menyertai Pertandingan Pidato Lawak Jenaka dan 5 orang ahli Toasmasters menyertai Pertandingan Ucapan Penilaian.

Di situ kebolehan saya menyampaikan pidato dan ucapan dalam bahasa English teruja di hadapan ramai pendengar di luar kawasan. Alhamdulillah dengan keyakinan diri yang dipelajari di Kelab Pidato Toastmasters Sandakan dan pembelajaran ilmu bahasa English yang saya peroleh dahulu dapat membantu saya beraksi seiring dengan yang lain pada saat itu. Memang agak lama juga saya tidak menggunakan bahasa English dalam pertuturan seharian, namun keyakinan berucap dikhalayak ramai adalah kunci utama dalam proses pengucapan awam.

Pertandingan Ucapan Penilaian telah dimenangi oleh Laurence L. Dumling dari Sandakan Toastmasters Club dan Pertandingan Pidato Lawak Jenaka dimenangi oleh Grace Yong dari Tawau Toastmasters Club. Mereka akan mewakili Area K2 kepertandingan yang sama pada peringkat Division akan diadakan pada 28 Oktober 2012 bertempat Hotel Shangrila, Kota Kinabalu.

Turut hadir Hatta Yunus Sawabi ACG, ALB mantan Area Governor K2, TM Ismail Hassan, TM S. Zainal Abidin S. Ali dan TM Mohd Akram Indin.


Alawih D. Yusop CC peserta dari Kelab Pidato Toastmasters Sandakan


Hatta Yunus Sawabi ACG, ALB mantan Area Governor K2 (2011-2012)
bersama tiga orang tetamu


Lawrence L. Daumling pemenang tempat pertama Pertandingan Ucapan Penilaian


Grace Chong pemenang tempat pertama Pertandingan Pidato Lawak Jenaka


Para Pemengang Pertandingan Ucapan Penilaian


Para Pemenang Pertandingan Pidato Lawak Jenaka


Ahli-Ahli Kelab Pidato Toastmasters Sandakan


Sumber: Admin

No comments:

Post a Comment