Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Sunday, 7 October 2012

Majlis Instalasi 2012



Pada 05 Oktober 2012 telah berlangsungnya Majlis Instalasi Ahli Jawatankuasa Kelab Pidato Toastmasters Sandakan bagi sesi 2012 - 2013 bertempat di Hotel Pavillion, Bandar Labuk Jaya, Sandakan.

 
Majlis berkenaan telah dihadiri lebih seratus tetamu dan ahli Toastmasters menyaksikan upacara perlantikan rasmi seramai 12 orang ahli Kelab Pidato Toastmasters Sandakan yang telah disempurnakan oleh Area Governor K2 Encik Ling How Kee ACS yang juga ahli Sandakan Toastmasters Club.

Majlis ini lebih bermakna lagi dengan kehadiran Tetamu Kehormat Majlis Instalasi, District Governor 87, Encik Richard Gontusan DTM dan turut hadir Datin Grace Chiu DTM, President Sandakan Toastmasters Club dan President Sandakan Manderin Toastmasters Club.

" Sasaran tepat & unggul "  slogan yang diketengahkan pada kali ini oleh President Kelab Pidato Toastmasters Sandakan 2012 - 2013 Sharifah Fatimah Sharif Emeeril CC, CL, membawa maksud mensasarkan matlamat perkembangan dan pencapaian kelab terutama menetapkan Distinguish Presedent dan Distinguish Club dengan itu akan memperoleh keunggulan setiap masa.

District Governor 87 Richard Gontusan dalam ucapanya menyentuh tentang misi kelab Toastmasters imenyediakan persekitaran pembelajaran yang positif dan saling menyokong di mana setiap ahli berpeluang meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan serta berkeyakinan dan perkembangan kendiri.

Ahli Jawatankuasa tahun 2012 - 2013 boleh dikatakan satu kombinasi kumpulan yang berpengalaman dalam menggerakkan kelab ini ke perasada keunggulan dengan kehadiran seperti Datuk Hasan Alban DTM,  Hatta Yunus Sawabi ACG, ALB dan Hj. Al Fazli Mohd Salleh ACS, CL selain beberapa muka baru yang memiliki pengalaman tersndiri membantu meningkatkan prestasi pencapaian kelab iini.

AHLI JAWATANKUASA
KELAB PIDATO TOASTMASTERSSANDAKAN
TAHUN 2012-2013

PRESIDENT
Sharifah Fatimah Sahrif Emeeril CC, CL

VICE PRESIDENT EDUCATION
Nur Asmah Pang CC, DL

VICE PRESIDENT MEMBERSHIP
Hatta Yunus Sawabi ACG, ALB

VICE PRESIDENT PUBLIC RELATIONS
Hj. Al Fazli Mohd Salleh ACS, CL

SECRETARY
Hasdayana Haslam Kulos CC

TREASURER
Alawih D. Yusop CC

SERGEANT AT ARMS
Datuk Hassan Alban Sandukong DTM

COMMITTEE MEMBERS
Sahara Majid CC
Hajah Mariam Bundin
Hajah Kasmah Moksin
S. Zainal Abidin S. Ali
Mohd Akram Indin


 Anugrah Competent Communicator diterima oleh Alawih D.Yusop CC daripada Nur Asmah Pang CC, mantan President Kelab Pidato Toastmaasters Sandakan


 Upacara Instalasi Ahli Jawatankuasa 2012-2013 disempurnakan oleh Area Governor K2 Ling How Kee ACS


 Datuk Hassan Alban Sandukong DTM turut menerima Anugrah Competent Communicator untuk kali yang ke sebelas


 Sebahagian daripada tetamu menyaksikan Majlis Instalasi


Persembahan tarian tradisi  " Sangbai " memukau para hadirin


Para Srikandi Kelab Pidato Toastmasters Sandakan


Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato Toastmasters Sandakan pada Rabu setiap minggu ke-dua dan ke-empat, jam 7:30 petang - 9:30 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters di mana pemimpin tercipta.


Sumber: Admin


No comments:

Post a Comment