Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Thursday, 18 October 2012

Pertandingan Pidato Lawak Jenaka dan Pertandingan Ucapan Penilaian




17 Oktober 2012 – Rabu: Kelab Pidato Toastmasters Sandakan telah menganjurkan Program Pertandingan Pidato Lawak Jenaka dan Pertandingan Ucapan Penilaian bertempat di Tropikal Bed & Breakfast, Pecky Valley, Sandakan.

Hatta Yunus Sawabi ACG, ALB selaku Pengerusi Penganjur bagi kedua-dua pertandingan itu telah berjaya menarik perhatian beberapa ahli Kelab Pidato Toastmaster Sandakan menyertainya.

Panel Hakim Pertandingan Pidato Lawak Jenaka dan Pertandingan Ucapan Penilaian diketuai oleh Hj. Al Fazli Mohd Salleh ACS, CL menjelaskan kedua ucapan yang dipertandinkan itu adalah sangat penting, di mana ucapan lawak jenaka satu elemen yang perlu dimuatkan dalam pengucapan awam bagi menarik perhatian pendengar dan demikian pula dengan ucapan penilaian juga amat penting kerana ia adalah satu aspek menjalankan usaha penilaian dengan berkesan supaya penilaian itu menepati sasarannya dan ini akan memberikan kepuasan kepada pihak yang akan dinilai.

Pertandingan Pidato Lawak Jenaka telah dimenangi oleh Alawih D. Yusop CC sementara Pertandingan Ucapan Panilaian telah dimenangi oleh Datin Nurifrederi Bederi ACS, CL.

Alawih D. Yusop CC akan pergi pada 20 Oktober ini mewakili Kelab Pidato Toastmasters Sandakan hadir menyertai Pertandingan Pidato Lawak Jenaka dan Ucapan Penilaian peringkat Area K2 di Lahad Datu.

Turut hadir pada program berkenaan; Datuk Hassan Alban Sandukong DTM, Hj. Awang Jaafar CC dan Hj. Pangiran Bidin Timbang ACB.


Dari kiri; Ismail Hassan, Sh. Fatimah CC, CL, Datin Nurifrederi ACS, CL & Alawih CC


Pengerusi Pertandingan Hatta Yunus Sawabi ACG, ALB menyerahkan sijil kepada Alawih D. Yusop CC


Datin Nurifrederi Bederi ACS, CL memenangi tempat pertama pertandingan Ucapan Penilaian


Aksi lawak jenaka oleh Alawih D. Yusop CC


Masa rehat sajian makanan


Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato Toastmasters Sandakan pada Rabu minggu ke-dua dan ke-empat setiap bualan mula jam 7:30 petang - 9:30 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters di mana pemimpin tercipta.
 
 
Sumber: Admin

No comments:

Post a Comment