13 Oktober 2012 - Sabtu: Menghadiri Mesyuarat Latihan Sandakan Mandarin Toastmastes Club bertempat di Ball Room, Hotel Pavillion. Saya ditemani oleh Encik Zainal Abidin Ali dan Encik Ismail Hassan ahli Kelab Pidato Toastmasters Sandakan. Ini adalah pengalaman pertama saya bersama rakan berkunjung dan menghadiri mesyuarat latihan Sandakan Mandarin Toastmasters Club.
Kami tiba di lokasi mesyuarat setengah jam lebih awal, kami disambut mesra dan ceria oleh Presidenya Yap Nyuk Sian CTM, CL. Kemi mendaftar sebagai tetamu mewakili Presiden Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, Sharifah Fatimah Sharif Ameeril CC, ALB. Tidak lama kemudian datang Bentara Majlis Mesyuarat Latihan menuju ke arah kami mempelawa kami duduk di bahagian khusus untuk para tamu, sambil beliau bertanya khabar tentang kehadiran kami.
Dalam ucapan alu-aluan oleh Toastmasters of the Evening (pengacara majlis) menyelitkan sedikit ungkapan bahasa melayu menyambut kedatangan kami sebagai wakil dari Kelab Pidato Toastmasters Sandakan pada mesyuarat latihan mereka sebagai tanda penghargaan dan penghormatan.
Saya memerhatikan perjalanan mesyuarat mereka tak ubah seperti apa yang dilakukan di Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, perbezaannya hanyalah dari segi bahasa, dihadiri oleh 57 ahli Toastmasters dan tetamu, kehadiran terbanyak pernah saya lalui menghadiri mesyuarat latihan.
Berkunjung ke Kelab Toastmasters lain adalah langkah positif, menambah pengalaman serta pertambahan kenalan sahabat baru kalangan ahli-ahli Toastmasters selain menimba pelbagai idea baru.
Susun atur aktiviti meyuarat mereka sangat kemas, tertib dan rapi. alangkah baiknya jika kami memahami bahasa mandarin, kerana saya memerhatikan cara persembahan ucapan mereka bersopan dengan penampilan raut wajah ceria dengan mengenakan pakaian kemas.
Saya bersetuju dengan kata DTM Grace Chiu bahawa mesyuarat pada malam itu umpama berada di dalam Dewan Parlimen.
Turut hadir pada mesyuarat latihan itu ialah Datin Grace DTM, Area K2 Governor Encik Ling How Kee ACS dan Division Governor K5 bersama ahli-ahl Kelab Mandarin Toastmasters Tawau.
Dari kiri Ismail Hassan, Alawih D. Yusop CC dan S. Zainal Abidin S. Ali
Toastmasters of The Evening (Pengacara)
Ahli-Ahli Sandakan Mandarin Toastmasters Club dan para tetamu
Sesi Tajuk Bualan
President Sandakan Mandarin Toastmasters Club Yap Nyuk Sian CTM, CL berucap
Datin Grace Chiu DTM memberikan komenentar positif
Area Governor K2 Ling How Kee ACS (kiri) dan Alawih D. Yusop CC (kanan)
Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato Toastmasters Sandakan pada Rabu setiap minggu ke-dua dan ke-empat mula jam 7:30 petang - 9:30 malam bertempat di Lot 2. Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters di mana pemimpn tercipta.
Sumber: Admin
No comments:
Post a Comment