Salamu'alaikum dan salam sejahtera.
Apakah itu PERUBAHAN?
Masyarakat yang maju dan moden sentiasa bersedia menerima perubahan untuk menjadi lebih baik.
Kemajuan pula bererti berubah daripada keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. Fikiran terbuka untuk menerima idea baru dan berubah mengikut objektif yang dikehendaki amat penting.
Agen utama perubahan ialah pendidikan.
Perubahan ialah satu fakta yang wujud di dalam pendidikan. Faktor luaran dan dalaman mendesak dan menekan untuk melakukan perubahan.
" Perubahan itu adalah tanda kehidupan. " Evelyn Waugh.
Manusia hidup sentiasa
berubah, hari ini seorang manusia lahir sebagai bayi yang sentiasa
bergantung hidup pada orang lain, esok pula dia menjadi kanak-kanak
mula belajar berdiri, berjalan dan berlari. Kemudian setelah itu, dia
menjadi dewasa menghadapi pelbagai persoalan kehidupan. Kadang-kadang
dia gembira dan ketawa, kadang-kadang dia bersedih dan menangis, ada
masanya dia hidup senang dan ada waktunya dia hidup susah.
Seseorang yang
bijaksana adalah kerana dia telah melalui proses perubahan dengan
mempelajari ilmu pengetahuan bersungguh-sungguh di sekolah hingga ke
universiti.
Suka saya kongsi satu
babak cerita berkaitan seseorang yang telah menerima untuk melakukan perubahan dengan dorongan luaran oleh seorang rakan.
Siti, Timbalan
Pengerusi JKKK datang berjumpa Ahmad, Setiausaha JKKK bertanyakan
laporan aktivivti yang hendak dikemukakan ke pejabat Ahli Yang
Berhormat.
Siti berjumpa Ahmad “
Assalamu'alaikum. “
Ahmad menjawab salam dari
Siti. “ Wa'alaikumsalam. “
“ Bagaimana dengan
Kertas Lapuran Aktiviti Mingguan, sudah awak siapkan? “ Tanya
Siti kepada Ahmad.
“ Apa! Kau ingat
senangkah? Ini kerja aku, pergi! Jangan ganggu aku. “ Dengan
pantas Ahmad menjawab meninggikan suara menampakkan perasaan mara.
Siti menjawab. “
Encik Ahmad jangan marah, saya bukan menggangu kerja awak, cuma saya
ingin tahu adakah ia sudah siap sebab sebagaimana di persetujui
dalam mesyuarat AJK saya selaku Timbalan Pengurusi JKKK di tugaskan
untuk menghantar ke pejabat Y.B. dan hari ini adalah hari terakhir. “
Ahmad bergegas keluar
dari bilik pejabat balairaya dengan perasaan marah sambil mulutnya
membebel “ Tak faham faham.. “
Siti agak terkilan
dengan sikap Ahmad yang tidak dapat mengawal emosinya dalam hati
kecilnya terdetik bisikan “ betapa baik kalau encik Ahmad
menjadi ahli Toastmasters, supaya dia boleh mengubah sikap marahnya.
“
Pada sebelah petangnya
Zul kawan karib Ahmad datang berkunjung ke rumah Ahmad.
“ Assalamualaikum
Mat. “ Kata Zul dari depan rumah Ahmad.
Ahmad menjawab “
Waalaikumsalam Zul! Sila naik ke rumah. “
“ Apa khabar,
nampak macam tak sihat je? “ Tanya Zul.
Ahmad menjawab sambil
menjabat tangan Zul. “ Taklah, saya sihat. Sila, jemput duduk
Zul, maklumlah rumah saya kecil. “
“ Mat kita dah
lama kawan, tak ubah seperti adik beradik, saya tahu melihat raut
wajah kamu, menunjukkan kamu seperti ada masalah. “ Kata Zul
dengan lemah lembut.
“ Engkau ni Zul,
macam ahli nujum atau kau saja hendak tilik aku yah. “ Jawab
Ahmad sambil melontarkan senyuman.
Zul berkata dengan
yakin. “ Mat! Engkau usah berselindung, manalah tahu kalau aku
boleh membantu selesaikan malah kamu. “
“ Ya Zul,
sebenarnya aku memang ada masalah, engkau tahu tak, pagi tadi di
balairaya aku buat kerja bodoh yang tidak sepatutnya di lakukan oleh
orang siuman, aku amat menyesal. “ Ikhlas Ahmad memberi tahu
kepada Zul masalah yang dihadapinya.
“ Apa yang telah
engkau lakukan? “ Tanya zul.
“ Pagi tadi aku
terlajak marahkan Siti, walhal tidak ada sebab aku boleh marah
kepadanya, dia cuma bertanya tentang lapuran aktiviti mingguan yang
kami laksanakan baru baru ini. Saya sebagai setiausaha persatuan
seharusnya perlu menyiapkan laporan itu pada hari ini, kerana lapuran
tersebut mesti di hantar ke pejabat YB. “ Jelas Ahmad dengan
perasaan menyesal.
Zul bertanya. “
Jadi pendapat awak bagaimana Mat? “
“ Aku rasa perlu
meminta maaf kepada Siti, aku amat menyesal atas apa yang telah
berlaku. “ Kata Ahmad.
“ Eloklah kalau
begitu Mat, yang penting engkau menyesal atas perbuatan yang salah
dan engkau mahu berubah. “ Ujar Zul.
“ Yalah Zul,
bagaimana hendak berjumpa dengan Siti, lagi cepat lagi bagus. “
Kata Ahmad.
“ Kalau begitu
cepatlah, awak ikut saya sekarang ini kita jumpa Siti. “ Kata
Zul mengajak Ahmad pergi ke rumah Siti.
“ Ya! saya bersiap
dulu, terimakasih kerana engkau hendak temankan aku berjumpa Siti.
Harap harap dia terima permohonan maaf dari aku dan dia tidak marah.
“ Jawab Ahmad.
Zul ingin mengetahui
lebih lanjut. “ Macamana reaksi Siti semasa engkau marah
kepadanya? Adakah dia balas engkau dengan marah juga? “
“ Tidak, dia
tenang saja seakan-akan tidak apa-apa pernah berlaku, saya kagum
dengan sifat Siti itu. “ Jawab Ahmad ikhlas.
“ Jadi engkau mahu
berubah dan mahu tenang macam Siti bila berdepan dengan masalah? “
Tanya Zul.
“ Ya lah Zul, tapi
bagaimana caranya? “ Ahmad menyoal Zul.
“ Ya! Tepat sekali
Mat, malam ini engkau akan berpeluang mengetahui rahsia kenapa Siti
memiliki sikap seperti itu. “ Jelas Zul.
“ Maksud kamuu? “
Ahmad bertanya lebih jelas.
“ Aku bawa kamu
berjumpa Siti di tempat di mana dia telah berlatih membentuk sikap
positif, berintegriti, berlapang dada dan berbudi pekerti mulia di
samping itu engkau juga boleh menjadi ahli kelab tersebut dan belajar
di sana. “ Zul memaklumkan Ahmad.
“ Wah! Bagus, apa
nama kelab itu? “ Tanya Ahmad.
“ Kelab
Toastmaster, engkau pernah dengar tak apa itu Toastmaster? Jawab
zul.
“ Oh..Toastmaster,
pernah, itu ialah tempat orang berlatih berpidatokan? “ Jelas
Ahmad.
Zul memberitahu Ahmad.
“ Ya, tapi Kelab Toastmaster bukan setakat tempat berlatih
berpidato, ia juga adalah di umpamakan sebagai makmal pembentukan
integriti dan sebagai tempat melatih menjadi pemimpin. Justeru itu
engkau akan saksikan slogannya WHERE LEADERS ARE MADE. “
“ Bagus, malam ini
saya mahu mendaftar sebagai ahli. “ Kata Ahmad.
Zul menjabat tangan
Ahmad dan berkata. “ Tahniah, itu adalah satu keputusan yang
tepat, apa tah lagi macam awak ini minat politik, awak bolehlah jadi
seorang ahli politik yang berkeyakinan. “
“ Ya.. ya.. betul
kata mu Zul, terima kasih. “ Jawab Ahmad.
Zul memberikan semangat
kepada Ahmad dengan berkata. “ Awak berpeluang menjadi pemidato
yang hebat seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bolehjadi
suatu hari nanti awak menjadi seorang pemimpin negara atau
negeri, sekurang-kurangnya pemimpin peringkat kampung. “
“ Hah! Hah!
Hahhh..... mudah mudahan, terimakasih kerana awak telah membuka
peluang ini kepada saya dan mulai malam ini saya akan menjadi ahli
Toastmaster, kan begitu Zul...? “ Ahmad ketawa dengan perasaan
riang.
Zul berkata. “
Ya! Tepat sekali, Mat! Saya balik dulu, pukul tujuh malam nanti saya
akan singgah jemput awak, ok! “
“ Ya! Saya tunggu
awak di rumah, salamu'alaikum. “ Jawab Ahmad sambil menjabat tangan
Zul.
Cerita di atas adalah
contoh, bagaimana seseorang yang mempunyai sifat pemarah (Ahmad)
boleh melakukan tindakan perubahan terhadap dirinya. Ini adalah
melihat kepada tingkah laku Siti seorang ahli Toastmasters yang telah
terlatih dengan pengawalan emosi dan tuturkata bersopan dan hormat
pada orang lain.
Pada hakikatnya Kelab
Toastmasters ialah institusi pembelajaran memperbaiki pembangunan
kendiri di mana kita dilatih berucap dengan yakin di khalayak ramai,
memperbetulkan pertuturan, belajar mengawal perasaan apabila dinilai, belajar memimpin dengan
menjalankan tugas berdedikasi, saling membantu sesama ahli disamping
belajar menghormati individu lain.
Ramai para pemimpin
yang telah berjaya dalam profesyen mereka masing-masing termasuklah
para usahawan telah menempuh kejayaan adalah kerana mereka belajar di
Toastmasters.
Datang berkunjung ke Pusat Latihan Pengucapan Awam & Kepimpinan pada setiap Rabu minggu ke-dua dan ke-empat jam 7:30 p.m. di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Aiport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters di mana pemimpin tercipta.
Datang berkunjung ke Pusat Latihan Pengucapan Awam & Kepimpinan pada setiap Rabu minggu ke-dua dan ke-empat jam 7:30 p.m. di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Aiport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters di mana pemimpin tercipta.
Oleh:
Mohd Akram Indin CC
H/p: 012-8166858
Email:
mohammadakramindin@yahoo.com
No comments:
Post a Comment