Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Thursday, 20 June 2013

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-10


Barisan kepimpinan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan 2013/2014


Seramai 19 orang ahli Kelab Pidato Toastmasters Sandakan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali yang ke-10 bertempat di Borneo Cove Hotel, Jalan Pantai, Batu 1 1/2, Sandakan pada Rabu.

Setiap kelab Toastmasters akan mengadakan pemilihan jawatankausa setahun sekali bagi mentadbir dan mengurus kelab masing-masing berpandukan peraturan dan perlembagaan yang telah ditentukan oleh Toastamsters International.

Pada mesyuarat Kelab Pidato Toastmasters Sandakan tahun ini, semua ahli yang hadir sebulat suara bersetuju dengan pemilihan barisan Jawatankuasa bagi tahun 2013/2014 seperti di bawah:

  

          PRESIDENT

          Haji Awang Jafar CC

          VICE PRESIDENT EDUCATION

          Alawih D. Yusop ACB

          VICE PRESIDENT MEMBERSHIP

          Datin Nurifrederi Bederi ACS, CL

          VICE PRESIDENT PUBLIC RELATIONS

          Sante Villiamon CC

          SECRETARY

          Nur Asmah Pang CC, CL

          SERGEANT AT ARMS

          Sharifah Fatimah Sharif Ameeril CC, CL

          TREASURER

          Hajah Kasmah Mukmin

          COMMINTTEE MEMBERS:

          Datuk Hassan Alban Sandukong DTM
          Pg. Bidin Timbang ACB
          Hajah Maryam Bundin
          Haji Al Fazli Mohd Salleh ACS, CL
          Ismail Hassan CC
          Mohammad Akram Indin CC


Selain itu seorang ahli, Ismail Hassan turut diberi peluang menyampaikan ucapan yang ke-10 iaitu projek terakir dalam siri Manual Pemidato Mahir (Competent Communicator), suatu tugasan yang perlu diselesaikan oleh setiap ahli Toastmasters. Kini beliau telah berjaya menyelesaikan 10 ucapan pencapaian pertamanya dan akan mendapat pengikhtirafan sebagai CC dari Toastmasters International.

Setelah Mesyuarat Agung T ahunan Ke-10 ditangguhkan dan menikmati jamuan makan malam di taja oleh Datin Nurifrederi, semua ahli meneruskan perbincangan untuk membentuk Jawatankuasa Pelaksana Majlis Instalasi Tahun 2013-2014.

Turut hadir; Penaja Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, Datuk Hassan Alban DTM, Area Governor K2, Ling How Kee ACS, ALB yang juga ahli baru Kelab Pidato Toastmasters Sandakan.


Barisan Jawatankuasa Kelab Pidato Toastmasters Sandakan bagi tahun 2013/2014


Area Governor K2, Ling How Kee ACS, ALB turut hadir pada Mesyuarat Tahunan


Sebahagian ahli yang hadiri Mesyuarat Tahunan


Ismail Hassan megambil peluang menyelesaikan Ucapan Manual Pemidato Mahir (Competent Communicator) pada Mesyuarat Tahunan.


Tuan Hj. Al Fazli Mohd Salleh ACS, CL melaporkan penilaian Ucapan Ke-10 Ismail Hassan


President Kelab Pidato Toastmasters Sandakan 2013/2014 Tuan Hj. Awang Jafar CC berucap pada Mesyuarat Tahunan


Yasser Rashdan Hamdan, Mohd Sallem Jifli dan Alawih D. Yusop ACB


Datang kunjungi Pusat Latihan Pengucapan Awam & Kepimpinan setiap Rabu minggu ke-dua dan ke-empat, jam 7:30 p.m. di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Toastamsetrs di mana pemimpin tercipta.


Sumber: Admin



4 comments:

  1. Tahniah diatas perlantikan barisan Exco 2012/2013. Dan tahniah diucapkan kepada barisan Exco 2011/2012 yang telah berjaya mempertabatkan aktiviti kelab.

    Kepada Presiden Tuan Hj Awang Japar,CC masanya telah tiba untuk CC itu di tukar kepada ACB. Insyallah.

    ReplyDelete
  2. Tahniah... semoga terus berjaya.

    ReplyDelete