Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Tuesday, 15 January 2013

10 Tips Pengucapan Awam




Perasaan gementar sebelum memberikan ucapan di khalayak ramai adalah perkara semula jadi, ia boleh memberikan kesan negatif kepada cara pengucapan anda. Berikut ini adalah beberapa tips yang telah terbukti berkesan bagaimana untuk mengawal perasaan gementar anda dan memberi persembahan ucapan yang lebih baik dan berkesan:


1. Tahu bahan yang ada pada anda.


Pilih topik yang menjadi perhatian dan minat anda Ketahui lebih mendalam mengenai topik dan masukkan dalam ucapan anda. Menyelitkan situasi lawak (humor), gunakan gaya bahasa anda sendiri dalam penyampaian ucapan. Dengan cara itu, anda tidak akan mudah lupa apa yang hendak dikatakan dan diucapkan.


2. Berlatih, berlatih dan berlatih! 


Kekerapan latihan bersunguh-sunguh dengan menggunakan semua bahan yang digunakan. Menyemak semula seperti yang diperlukan. Berusaha untuk mengawal ungkapan perkataan. Berlatih tarik bernafas dengan betul sambil berhenti sejenak. Amalkan dengan penggunaan ketepatan masa dan tertib dengan masa di luar dijangkaan.


3. Ketahui siapa pendengar anda. 


Sambut hormat kepada para pendengar anda yang telah hadir. Ia adalah lebih mudah untuk bercakap dengan sekumpulan rakan-rakan daripada orang yang tidak dikenali.


4. Ketahui situasi ruang pengucapan anda. 


Biasakan datang lebih awal, berjalan di sekitar kawasan anda bercakap dan lakukan percubaan menggunakan mikrofon dan apa-apa alat bantu pandang dan denganr.


5. Bertenang, apabila memulakan ucapan kepada pendengar anda.


Ia menyesuaikan masa dan menenangkan perjalanan aliran darah anda. Berhenti sejenak, senyuman dan kira tiga sebelum mengucapkan apa-apa. ( Contoh: " Satu ribu, dua satu ribu, tiga satu ribu kemudian berhenti sejenak) ubahlah tenaga anda kepada kegairahan penuh semangat.


6. Tonjolkan diri anda ketika sedang berucap. 


Bayangkan diri anda sedang bercakap, kuatkan nada anda, jelas dan berkeyakinan. Bayangkan pendengar anda sedang bertepuk tangan - ia akan meningkatkan keyakinan anda untuk berucap.


7. Pada hakikatnya orang mahu anda berjaya. 


Pendengar mahu anda untuk menarik perhatian, merangsang, bermaklumat dan menghiburkan. Mereka akan menyokong anda.


8. Jangan minta maaf 


Jika anda gementar atau mana-mana masalah - penonton mungkin tidak perasan.


9. Tumpukan pada mesej yang disampaikan.


Fokus perhatian anda jauh dari segala kebimbangan anda sendiri dan pusatkan perhatian pada mesej anda dan pendengar anda.


10. Timba pengalaman. 


Terutamanya, ucapan anda harus mewakili diri anda ibarat seorang pihak yang berkuasa. Pengalaman adalah membina keyakinan, yang merupakan kunci kepada pengucapan awam yang berkesan. Sesebuah kelab Toastmasters boleh memberikan pengalaman yang anda perlukan dalam persekitaran yang mesra dan selamat.

KunjungiL pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, pada hari Rabu minggu ke-dua dan ke-empat setiap bulan bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Anda boleh hubungi kami melalui email, kelabpidatosandakan@gmail.com Toastmasters di mana pemimpin tercipta.


Susunan:  Admin
Sumber: Toastmasters International


No comments:

Post a Comment