Orang tertawa karena mendengar atau melihat sesuatu yang melucukan. Kesannya, orang tersebut boleh terhibur bahkan merasa keriangan. Dari sudut kesihatan, ketawa itu boleh menyihatkan. Kajian menunjukkan, ketawa dapat meningkatkan kestabilan kesihatan jantung, meningkatkan harapan kesinambungan hidup serta mengurangkan rasa sakit.
Apabila seseorang ketawa, tubuh badannya akan melepaskan neurontransmitter dan hormon yang dapat mengurangkan hormon penyebab tekanan (stress) yakni kortisol dan adrnealin. Pada gilirannya, pelepasan ini membantu menurunkan tekanan darah.
Ketika sedang tertawa, otot-otot seperti otot perut, wajah, kaki, dan punggung secara tidak langsung ikut bergerak. Selain itu, ketawa juga membantu paru-paru lebih berkembang sehingga memberikan kelelebihan mudah untuk bernapas.
Kesan yang positif adalah kerana ketawa dapat memberi dorongan terhadap sistem kardiovaskular tubuh. Pembuluh darah lancar karena ketawa menyebabkan darah mengalir dengan lancar. Ketawa juga menyeimbangkan otak kanan dan kiri ketika berhadapan sebuah kelucuan atau lawak jenaka.
Jantung Sihat
Jika anda hendak mengurangkan risiko masalah penyakit jantung, cubalah dengan menonton filem lucu. Menurut kajian dari Universiti Maryland menyarankan, ketawa sekitar 15 minit karena menonton filem lucu dapat melancarkan pembuluh darah serta meningkatkan aliran darah.
Menonton rancangan yang membuat anda tertawa sekitar 40 minit dapat mengawal kenaikkan kadar glukosa darah. Para penyelidik percaya jika anda ketawa, emosi positif akan muncul yang boleh mempengaruhi sistem endokrin dalam tubuh.
Ketawa juga menjadikan usia lebih panjang. Satu kajian dilakukan terhadap 500 orang lebih yang berusia 95 tahun keatas mendapati, kepribadian yang santai, optimis, dan menikmati saat ketawa akan memiliki umur lebih panjang. Namun, para pengkaji belum mengetahui secara pasti dimana letak kaitannya.
" Ketika kami menjalanakan kajian terhadap 243 orang yang berusia lebih dari 100 tahun, kami mendapati kualiti yang mencerminkan sikap positif dalam kehidupan," kata Dr. Nir Barzilai dari Universitas Yeshiva, Amerika Serikat.
" Sebagian besar di antara mereka hidup dengan rasa optimis sihat dan santai. Mereka menganggap ketawa adalah bagian penting dalam hidup," jelasnya.
Datanglah ke Mesyuarat Latihan Toastmasters yang menyediakan aktiviti latihan pembelajaran yang berbentuk santai dan anda akan terhibur dengan sesi lawak jenaka. Setiap minggu ke-dua dan ke-empat jam 7:30 p.m. di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters where leaders are made.
Susunan: Admin
Sumber: ninemsm
No comments:
Post a Comment