Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Sunday, 6 January 2013

Tujuh Manafaat Senyum




Senyuman adalah tindak balas semula jadi di atas sesuatu yang kita rasai, menunjukkan perasaan keriangan kepada orang lain. Dengan senyuman, kita dapat merangsang tugasan otak, ada hubungan yang serius di antara fikiran dan tubuh badan. Pada bahagian otak luar (korteks frontal) di sebelah kiri berfungsi sebagai pusat perhatian dan lisan, bahagian ini juga bertindak balas berhubung keriangan.

Berapa kali anda tersenyum dalam masa sehari? Apabila bertemu dengan orang lain atau rakan sekerja, apakah anda termasuk golongan yang peramah dan sentiasa senyum? Wajah anda mempunyai 44 otot yang memungkinkan anda menampilkan lebih lima ribu bentuk penampilan yang berbeza, sebahagian besar di antaranya adalah senyuman.

Di bawah ini adalah tujuh perkara sebagai asas mengapa senyuman itu sangat baik untuk kita, tidak hanya kerana faktor kesihatan tatapi juga kehidupan kemsyarakatan kita.


1.  Lahirkan perasaan riang


Sungguhpun mood atau perasaan anda tidak baik, dengan senyuman anda boleh merangsang perasaan gembira dan senang hati. Dengan senyuman, anda berpesan ke otak bahawa anda seanang hati. Apabila anda merasa riang, tubuh badan akan melepaskan hormon endorphin yang membuatkan anda merasa lebih selesa. Jadi, walaupun anda sedang dalam perasaan sedih, berusahalah untuk senyum bagi membuatkan diri anda merasa lebih selesa dan riang gembira.


2.  Perasaan senang hati


Kajian menunjukkan bahawa senyuman itu melarat. Bukitnya, cuba perhatikan ketika anda berdekatan dengan seseorang yang sedang gembira kerana baru saja mengalami berita yang sangat baik dalam hidupnya. Anda juga akan turut merasa gembira, kajian menunjukkan bahawa dengan melihat rakan tersenyum otot di wajah anda akan berfungsi secara tidak langsung mewujudkan perasaan yang sama.


3,  Menarik perhatian


Manurut laporan Academy of Cosmetic Dentistry, 96 peratus orang dewasa di Amerika percaya dengan senyuman ia akan menampakkan lebih menarik perhatian lawan sejenis. Jadi, kalau ingin menarik perhatian seseorang terhadap anda, cuma lakukan senyuman pasti ia akan tertumpuh kepada anda.


4.  Kurangkan tekanan / stress


Bilamana anda tertekan dengan pekerjaan, tugasan atau apa pun, tarik nafas anda panjang-panjang sambil lakukan senyuman. Sebab senyum dapat mengurangkan gejalah kecemasan. Apabila anda senyum, tubuh badan anda otomatik mengirim signal ke otak menandakan anda sedang bergembira. Anda akan lebih bersahaja dan jantung anda juga tidak berdenyut pantas. Jikalau stress berkurangan, tekanan darah juga lebih stabil, sistem pencernaan berfungsi dengan lancar serta kadar gula dalam darah lebih terkawaa;.


5.  Buka lebih ruang


Ketika anda sedang menjalankan temuduga memohon pekerjaan, keadaan fizikal tubuh badan beserta pemakaian busana perlu diambil berat. Perwatakan diri yang positif, ditambah lagi dengan senyuman, juga merupakan paling penting diperhatikan.

Di dalam penyelidikan yang diterbitkan di Personality and Social Psychology Bulletin keluaran 2009, ramai yang dipertontonkan terhadap 123 gambar orang yang belum pernah bersemuka dengan mereka. Orang-orang di dalam gambar itu terdapat dua penampilan, yang biasa dan yang senyum. Orang-orang yang melihat gambar-gambar itu mmbuat penilaian di mana orang yang senyum dalam gambar itu adalah mereka yang berkeyakinan, bertanggungjawab dan seimbang kepribadiannya.

Ini menunjukkan sekiranya anda sentiasa senyum apabila sedang ditemudiga kerana memohon pekerjaan, ia akan dominan kepada peluang besar anda berpotensi akan mendapat tawaran pekerjaan itu.


6.  Merangsang ketawa


Banyak kajian telah dilaksanakan mengaitkan ketawa dengan kesihatan tubuh badan. Keputusan daripada kajian itu mengatakan, ketawa membakar kalori, melatih otot-otot perut, membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh, mengawal kadar gula dalam darah, mengurangkan stress, meningkatkan kualiti rehat dan tidur serta meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan.


7.  Merasa selesa


Senyuman menimbulkan perasaan jauh lebih baik dan brsifat positif. Dengan menjadikan diri anda positif, dapat melahirkan kegairahan untuk melakukan perbagai aktiviti dalam hidup anda.

Datanglah melawat Pusat Latihan Pengucapan Awam & Kepimpinan pada setiap Rabu, jam 7:30 p.m. setiap minggu ke-dua dan ke-empat, di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Bau, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan.


Susunan:   Admin
Sumber:  Sparkpeople

No comments:

Post a Comment