Presiden Kelab Pidato, Sharifah Fatimah CC, CL menyerahkan duit sumbangan daripada
ahli-ahli Kelab Pidato kepada Sahara Majid CC, melanjutkan pelajaran ke UIA
Kelab Pidato Toastmasters Sandakan membuka tirai mesyuarat latihannya tahun 2013 di Rumah Kediaman, Distinguished Toastmasters (DTM) Datuk Hassan Alban Sandukong, Kampung Tinusa Satu pada 9 Januari. Mesyuarat kali ini terasa santai seperti keadaan himpunan program kekeluargaan dimeriakan dengan kehadiran seramai 15 orang ahli dan 7 orang tetamu.
Satu kehebatan prinsip yang diamalkan oleh ahli-ahli Toastmasters, diawali oleh Bentara, Advanced Communicator Silver & Competent Leader (ACS, CL) Datin Nurifrederi memulakan mesyuarat tepat pada waktu yang ditentukan dalam agenda yang lebih awal disediakan oleh Pengacara, Advanced Communicator Bronze (ACB) Alawih D. Yusop (Toastmasters of The Day). Bukan itu sahaja, semua sesi dalam agenda mesyuarat dipatuhi oleh ahli yang mengambil bahagian sama ada petugas atau ahli yang membahas dalam sesi Tajuk Bualan dan Pemidato.
Juru Tajuk Bualan, Competent Communicator & Competent Leader (CC, CL) Sharifah Fatimah Sharif Ammeril melontarkan soalan yang mendapat perhatian dan tarikan dijawab dan dibahas oleh ahli mesyuarat, bersesuaian dengan keadaan semasa. Selain seiring dengan galakkan penggunaan perkataan hari ini "Potensi" ditugaskan kepada Advanced Communicator Silver & Competent Leader (ACS, CL) Hj. Al Fazli Mohd Salleh, meningkatkan semangat ahli-ahli mesyuarat dalam hujjah jawapan balas soalan tajuk bualan.
Sesi pengucapan awam, Datuk Hassan Alban DTM berucap dalam pidatonya selama 7 minit 30 saat berpandu kepada Ucapan Manual ACB (Speaking To Inform - Demonstration Talk) bertajuk "Belajar Menggunakan Kaset" bagi kali yang ke-13. Beliau menjelaskan di hadapan audience bahawa kemahiran pengucapan awam yang beliau peroleh salah satunya adalah melalui kaset 'The Successful Communicator" di hasilkan oleh Earl Nightinglae seorang pakar komunikasi di Amerika Syarikat.
Pada penghujung program selepas selesai mesyuarat, satu acara penyerahan sumbangan bantuan kewangan daripada semua ahli kelab untuk Competent Communicator Sahara Majid yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa. Beliau merupakan ahli kelab yang termuda mencapai kejayaan Competent Communicator di Kelab Pidato Toastmasters Sandakan.
Terdahulu Penilai Am, Chartered President Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, Competent Communicator Hj. Awang Jaafar merumuskan perjalan sepanjang mesyuarat. Katanya, mesyuarat ini diurus dengan sangat baik kerana dimulakan tepat pada waktunya, mengikut susunan agenda, mendapat kerjasama daripada semua petugas dan ahli yang mengambil bahagian dalam sesi Tajuk Bualan, serta mendapat perhatian daripada tetamu yang hadir.
Gambar kumpulan Ahli-ahli Kelab Pidato Toastmasters Sandakan dan tetamu
Hj. Al Fazli Mohd Salleh ACS, CL menerima Anugrah Pencapaian daripada Toastmasters International disampaikan oleh Datin Nurifrederi ACS, CL
Datuk Hassan Alban DTM menyumbangkan hadiah Buku Motivasi kepada seorang tetamu, Puan Asmiah
Datuk Hassan Alban DTM menyampaikan pidato, Manual ACB kail ke-13
Ahli-ahli Kelab Pidato Toastmasters Sandakan dan tetamu yang hadir
Haji Pangiran Biddin Timbang ACB, CL berucap menerangkan ulasan penilaiannya tentang perjalan sesi Tajuk Bualan
Ahli dan tetamu khusuk memberikan perhatian pada Ucapan Datuk Hassan Alban DTM
Sumber: Admin
No comments:
Post a Comment