Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Tuesday, 1 January 2013

Ucapan Selamat Tahun Baru 2013



Salamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Saya selaku pihak administrasi laman sesawang Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, berbesar hati merakamkan ucapan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua ahli Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, rakan-rakan Toastmasters seluruh Malaysia, sahabat handai, sanak saudara dan semua rakyat Malaysia, khususnya Sandakan.

Semoga apa sahaja peristiwa sepanjang tahun lepas 2012 memberikan pengalaman dan pelajaran sebagai motivasi untuk kita semua melangkah meneruskan perjuangan mengharungi cabaran dan melepasi rintangan untuk menuju kejayaan pada tahun ini 2013.

Tinggal hanya tujuh tahun sahaja lagi kita akan nikmati realiti pentas Wawasan 2020 yang merupakan peristiwa besar kita hadapi dan sudah semestinya susana itu akan berbeza dengan apa yang telah kita semua lalui. Ledakan teknologi maklumat berkembang pesat dan pantas, pelbagai peralatan teknologi maklumat akan sentiasa dicipta sebagai keperluan bersesuaian dengan masa hadapan.

Sungguhpun demikian, proses komunikasi secara lisan tidak boleh ditinggalkan, ia merupakan suara penghubung sejak zaman berzaman sehingga ke masa hadapan. Kendatipun demikian, peralihan ke zaman teknologi maklumat serba canggih telah mempengaruhi kesan terhadap anak-anak muda jenerasi Y merubah nada dan bentuk logat bahasa baik tulisan, mesej mahupun pertuturan.

Sekiranya gejala pencemaran bahasa ini tidak dibendung, ia akan merubah budaya pertuturan yang akan jauh menyimpang daripada peradaban tatasusilah bahasa itu sendiri. Saya perhatikan drama-drama atau wayang-wayang gambar melayu terdahulu agak jauh berbeza dengan drama-drama atau wayang gambar pada masa kini, dari segi penyampaian bahasa.

Itu juga menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi budaya kehidupan seharian anak-anak mudah jenerasi Y, kerana mereka akan terikut-ikut dengan logat yang dipamerkan dalam drama dan wayang gambar. Suka saya war-warkan, bahawa kita boleh mengekalkan, dan memperbaiki pemerkasaan bahasa melalui pembelajaran secara amali dan sangat berkesan di Kelab Pidato Toasmasters Sandakan.

Kelab ini, adalah institiusi pembelajaran komunikasi yang berhubungan dengan pengucapan awam. Di sini kita berlatih secara amali (learning by doing), tahap demi tahap supaya kita terlatih menjadi individu yang peta berkata-kata, bijak melontarkan ucapan dengan penuh berdisiplin. Bukan itu sahaja, malah pada masa sama kita berlatih dan diasa untuk proses kepemimpinan.

Sudah ramai individu yang telah menjadi pemidato dan pemimpin dibentuk didalam kelab-kelab Toastmasters di seluruh dunia dan tidak ketinggalan juga di negara ini. Datanglah berkunjung ke Pusat Latihan Pengucapan Awam dan Kepimpinan, setiap Rabu jam 7:30 p.m. di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters di mana pemimpin tercipta.


Sumber: Admin

No comments:

Post a Comment