Mesyuarat Latihan yang berlangsung pada 26 Disember 2012 meraikan dua orang ahli kelab yang akan berangkat ke Semenanjung Malaysia untuk melanjutkan pelajaran. Competent Communicator (CC) Sahara Majid akan belajar di Universiti Islam Antarabangsa Kuala Lumpur dan Toastmaster Abdul Ghani Rubama belajar di ITect Melaka.
Mesyuarat latihan kelab telah diadakan lebih awal bermula jam 5:30 kerana meraikan mereka berdua dengan majlis doa selamat oleh Jawatankuasa dan ahli kelab. Sahara Majid CC, seorang ahli kelab yang sangat komited dengan apa sahaja tugasan yang dikendalikan olehnya sepanjang sebagai ahli kelab. Sejak kecil lagi beliau telah berjinak-jinak dengan aktiviti kelab sehingglah beliau mencapai kejayaan Competent Communicator.
Kali ini agenda tertumpuh kepada majlis doa selamat dan ucapan oleh tiga orang pemidato; Competent Communicator & Competent Leader ( CC, CL ) Nur Asmah Pang, Advanced Communicator Bronze (ACB) Alawih D. Yusop dan Distinguished Toastmasters (DTM) Datuk Hassan Alban.
Nur Asmah Pang CC, CL berucap untuk projek Manual ACB Speaking To Inform, ucapan pertama bertajuk " E-Cukai. " Ucapan beliau menarik perhatian dengan pendedahannya berhubung program transformasi pembayaran cukai Majlis Perbandaran Sandakan (MPS). Katanya ada tiga perkara utama kebaikan pembayaran cukai melalui E-Cukai atau pembayaran secara dalam talian; 1) pantas, mudah dan boleh dilakukan pada bial-bila masa 2) diskaun sebanyak 5% dan 3) mengurangkan pergantungan terhadap penggunaan kertas selain mengurangkan kos seperti penggunaan tenaga elektrik dan perkakasan mesin cetak.
Alawih D. Yusop ACB berucap untuk projel Manual ACB Persuasive Speaking, ucapan ke-sepuluh bertajuk " 3S. " Beliau menjelaskan 3S bermaksud 1) Sasaran 2) Skema dan 3) Sokongan. Katanya pemimpin yang ingin berjaya dalam proses pembangunan organisasi hendaklah mengambil kira pelaksanaan 3S sebagai panduan. Beliau mengambil contoh matlamat Wawasan 2020 dan matlamat beliau sendiri dalam Projek Setinggan Sifar. Dengan lengkapnya ucapannya yang ke-10 ini, bermakna beliau telah memperolehi pencapaian ACB dalam program Toastmasters International.
Datuk Hassan Alban DTM, berucap untuk projek Manual ACB Speaking To Inform, ucapan ke-dua untuk kali yang ke-12 bertajuk " 3K. " Beliau menjelaskan 3K adalah 1) Kesihatan, 2) Kekayaan dan 3) Kebahgiaan, ketiga-tiga ini adalah diperlukan oleh semua manusia. Dengan kemahirannya menyampaikan ucapan, beliau mengemukakan serta mempersembahkan ucapan dengan cara mudah difahami oleh pelbagai peringkat kategori pendengar.
Penilai Am Tuan Hj. Awang Jaafar CC dan President Sharifah Fatimah Ameeril CC, CL telah merumus perjalan mesyuarat dan mengakhiri tepat jam 08:50 malam.
Datuk Hassan Alban DTM menyampaiakn bantuan kepada Sahara Majid CC
Para tetamu yang hadir mesyuarat latihan
Dari kiri: Nadri Ajij, Abdul Ghani Rubama, Alhasin Rubama (tamu) dan Alawih D. Yuso
Sumber: Admin
No comments:
Post a Comment