Datuk Juslie Ajirol bersama Pemimpin Kelab Pidato
Rombongan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato) diketuai oleh Presidennya Puan Hajah Kasmah Mokmin CC adakan kunjungan hormat kepada Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol di Pejabat Perhubungan Parlimen Libaran di Bandar Labuk Jaya, Batu 7 Sandakan pada Sabtu.
Ini adalah kunjungan julung kalinya Kelab Pidato lakukan ke Pejabat Parlimen Libaran pernah diadakan sejak penubuhannya pada tahun 2003 oleh Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Hassan Alban Sandukong DTM.
Menjadi satu lembaran utama bersemuka dengan wakil rakyat Libaran membincangkan isu pendidikan komunikasi dan kepimpinan yang perlu dititikberatkan oleh masyarakat setempat terutama para pemimpin akar umbi.
Datuk Juslie berkata. " Gementar biasa berlaku apabila seseorang berucap di khalayak ramai, ia akan melalui proses yang agak lama selain berlatih bersungguh-sungguh sehinggalah terbiasa dan tidak lagi merasa gugup. "
Beliau menyarankan terutama kepada anak-anak muda supaya terlibat dalam aktiviti pengucapan awam seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli Kelab Pidato. Menghilangkan kegugupan masih tidak memadai sekiranya tidak diiringi dengan kepetahan berkata-kata atau lontaran pelbagai perbendaharaaan kata.
Katanya kemampuan seseorang berkomunikasi dengan baik adalah kunci dalam seni mempengaruhi pihak lain terutama pada peringkat umum.
" Saya yakin pengembangan berterusan berkomunikasi dengan berkesan hendaklah dilatih melalui pembelajaran pengucapan awam seperti menyertai Kelab Pidato yang menyediakan pendidikan seumpamanya. " Katanya.
Kelab Pidato akan menganjurkan program Malam Majlis Instalasi di Ballroom Sabah Hotel, Sandakan pada 7 November ini.
Dijangka lebih 250 tetamu akan hadir memeriahkan program berkenaan di mana Datuk Juslie Ajirol turut hadir menjadi Tetamu Kehormat pada upacara Instalasi Exco Kelab Pidato bagi Tahun 2015.
Turut hadir; Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Libaran, Saapilin Md Yassin, Mantan Speaker DUN Sabah Datuk Seri Panglima Hassan Alban DTM, Mantan Presiden Kelab Pidato Alawih Dantalmura ACB, CL, Mantan Naib Presiden Pendidikan Kelab Pidato Datin Nurifrideri Bederi ACS, ALB dan Naib Presiden Keahlian Ismail Hassan CC.
Oleh: Admin
Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato pada Rabu minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan jam 7:30 - 10:00 malam di Lot 2, Tingkat 1, Jalan Airport, BAtu 7, Sandakan. TOASTMASTERS where leaders are made.
No comments:
Post a Comment