Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Sunday, 15 November 2015

Majlis Instalasi Kali Yang Ke-10 Kelab Pidato Toastmasters Sandakan - Malam Bollywood


Tetamu Kehormat Datuk Juslie Ajirol menerima Cenderahati daripada Presiden Kelab Pidato Hajah Kasmah Mokmin CC


Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato) telah mengadakan program Majlis Malam Instalasi kali yang ke-10 bertempat di Grand Ballroom, Sabah Hotel, Sandakan pada Sabtu 7 November lepas.

"Kejayaan penganjuran program ini adalah amat baik sekali terutama untuk anak-anak muda kita, khususnya di daerah Libaran, Sandakan. Dengan adanya kelab ini, ia dapat juga membantu anak-anak muda kita untuk lebih yakin pada diri sendiri dalam apa bidang sekali pun terutama dalam dunia serba moden berteknologi tinggi ketika ini."

Ahli Parlimen P. 184 Libaran Yang Berhormat Datuk Juslie KK Haji Ajirol berkata demikian semasa berucap menjadi Tetamu Kehormat pada majlis Instalasi tahun ini.

Terdahulu selepas Upacara Instalasi, Area Director En. Shane Ho ACB, ALB berkata.  "Toastmasters International merupakan sebuah organisasi yang mengamalkan semangat 'Friends helping Friends to Succeed' semangat inilah yang melengkapkan diri kita dengan kemahiran hidup yang lebih mantap dan seterusnya menjadi seorang pemimpin yang boleh dihormati oleh semua."

Sementara Presiden Kelab Pidato penggal 2015/2016 Puan Hajah Kasmah Mokmin CC berkata. "Toastmasters International adalah satu pertubuhan NGO yang memberikan banyak manfaat bukan sahaja kepada ahli-ahlinya , malah kepada seluruh masyarakat di dunia. khususnya dalam bidang kepimpinan dan komunikasi serta menjadi pusat pembelajaran sepanjang hayat."

Beliau telah menjadi ahli Kelab Pidato selama 3 tahun menempuh pelbagai pengalaman yang mencabar sehingga mendapat dorongan dari Mantan Area Director Dr. Renuka Nambiar untuk memperolehi gelaran Competent Communicator (CC).

"KATA DIKOTA JANJI DITEPATI" cetusan cogankata yang beliau ketengahkan supaya membongkar semangat kerjasama yang padu di kalangan ahli-ahli Kelab Pidato agar dapat menimbulkan sumber inspirasi dan motivasi kepada masyarakat daerah Sandakan.

Upacara Instalasi dikendalikan Area Director En. Shane Ho ACB, ALB menyaksikan barisan Exco dan Ahlijawatankuasa Kelab Pidato bagi penggal 2015/2016 berikut:

  NAMA AHLI
   JAWATAN 
  Hajah Kasmah Mokmin CC  :  Presiden
  Anagdiri Janang CC  :  Naib Presiden Pandidikan (VPE)
  Ismail Hassan CC  :  Naib Presiden Keahlian (VPM)
  Nur Asmah Pang CC, CL  :  Naib Presiden Perhubungan Awam (VPPR)
  Norhayati Awang  :  Setiausaha
  Noraini Haji Mundos  :  Bendahari
  Hajah Mariam Bundin CC  :  Bentara (Sergeant-At-Arms)
  Datuk Hassan Alban DTM  :  Ahli Jawatankuasa
  Datin Nurifrideri Bederi ACS, ALB  :                -
  Ling How Kee DTM  :                -
  Haji Pg. Bidin Timbang ACB, CL  :                -
  Nadri Ajid CC  :                -
  Azlinah Agus Edysusanto  :                -


Penganjuran Majlis Instalasi pada tahun ini telah mengambil "Malam Bollywood" sebagai tema di mana semua ahli Kelab Pidato dikehendaki mengenakan busana Hindustan ala-ala Bollywood sementara para tetamu tidak diwajibkan namun digalakkan untuk memakai pakaian seumpama itu.

Lebih dari 300 orang tetamu diraihkan dengan santapan majlis makan malam yang indah serta menyelerakan sambil diiringi hiburan oleh ahli-ahli Kelab Pidato dengan tarian Hindi Bollywood seakan-akan suasana malam di kota Mumbai India.

Suasana pada majlis makan malam berkenaan dimeriahkan lagi dengan acara cabutan tiket bertuah disediakan dengan pelbagai jenis hadiah untuk dibawa pulang oleh para tetamu yang bernasib baik.

Turut hadir; Datuk Hassan Alban DTM, Datin Grace Chiu DTM, Chartered President Kelab Pidato Haji Awang Jafar CC/CL, Sandakan Toastmasters Club President Jonathan Lee, Presiden Kelab Toastmasters Bangsawan Zulkefli dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi Puan Rahimah Asrah


Presiden Kelab Pidato Hajah Kasmah Mokmin CC (kiri), Tetamu Kehormat Datuk Juslie Ajirol (tengah) dan Area Director K2 Shane Ho ACB, ALB


Hajah Kasmah Mokmin CC semasa menyampaikan ucapannya


Datuk Juslie Ajirol sedang menyampaikan Ucaptamanya pada Majlis Instalasi 


Exco & Ahlijawatankuasa Kelab Pidato Toastmasters Sandakan penggal 2015/2016 bersama Datuk Juslie Ajirol, Datin Grace Chiu DTM dan Area Director Shane Ho ACB, ALB


Naib Presiden Kelab Pidato (VPE) penggal 2014/2015 Datin Nurifrideri Bederi ACS/ALB (kiri), Datin Grace Chiu DTM (tengah) dan Hajah Kasmah Mokmin CC (kanan)


Tetamu VIP Majlis Instalasi Kelab Pidato 2015/2016


Tetamu Istimewa dari Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi


Tetamu Istimewa dari Pejabat Perhubungan Ahli Parlimen P. 184 Libaran


Sebahagian dari antara 300 tetamu Majlis Instalasi Kelab Pidato 2015


Tetamu dari keluarga Bendahari Kelab Pidato Puan Noraini Haji Mundos


Ahli-Ahli Lembaga Koperasi Sibuga Jaya Sandakan Berhad bersama Naib Presiden Keahlian (VPM) Ismail Hassan CC


Persembahan tarian turut diadakan di Majlis Instalasi


Persembahan Tarian Bollywood oleh Ahli-Ahli Kelab Pidato


Bekas Presiden Kelab Pidato Hatta Yunus Sawabi ACG/ALB dan Ismail Hassan CC bersama kumpulan penari-penari dari Persatuan PUSAKA


Ahli-Ahli Kelab Pidato yang turut menghiburkan tetamu dengan persembahan tarian Bollywood bersama jurulatih mereka


Sebahagian dari para tetamu Majlis Instalasi Tahun 2015
 
 
Oleh:  Norhayati Awang (Setiausaha Kelab Pidato)


Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato pada Rabu minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan jam 7:30 - 10:00 malam di Lot 2, Tingkat 1, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. TOASTMASTERS where leaders are made.

No comments:

Post a Comment