Puan Rahimah Asrah dan rombongan bergambar bersama Exco Kelab Pidato
Kelab Pidato tertib menjalankan mesyuarat dengan susunan agenda yang rapi, kemas dan dilengkapi keterangan penggunaan masa serta posisi susunatur mesyuarat yang menampakkan standard organisasi.
Puan Rahimah Asrah berkata demikian ketika ditanya semasa Presiden Kelab Pidato Puan Hajah Kasmah Mokmin CC berucap mengalu-alukan kehadiran ahli dan para tetamu ke Mesyuarat Latihan.
Beliau juga turut mengambil kesempatan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Puan Sharifah Fatimah Sharif Ameeril ACS, ALB selaku Juru Tajuk Bualan pada mesyuarat latihan berkenaan.
Sungguh pun baru pertama kali menghadiri mesyuarat latihan Kelab Pidato, namun beliau seperti sudah terbiasa dan berpengalaman berucap di hadapan khalayak ramai.
Pada sesi ucapan ada dua orang ahli Kelab Pidato mengambil bahagian menyampaikan ucapan manual:
Datuk Hassan Alban DTM untuk Advanced Communicator Bronze (ACB) ke-6, pusingan yang ke empat belas kali dan En. Alawih Dantalmura ACS, CL untuk Advanced Communicator Silver (ACS) ke-10.
En. Alawih Dantalmura ACS, CL telah selesai menyempurnakan sebanyak sepuluh ucapan manual dan beliau berjaya memperolehi pencapaian ACS. Ini juga bermakna beliau telah dapat menyumbang satu mata kepada Kelab Pidato dalam program Distinguished Club Program (DCP Goals) penggal 2015/2016.
Setakat bulan November ini, Kelab Pidato telah memperolehi tiga persepuluh mata (points) untuk DCP Goals. Berbaki sebanyak tujuh mata lagi untuk mencapai markah sepuluh persepuluh atau President's Distinguished Club.

Tahun lepas (penggal 2014/2015) Kelab Pidato bejaya memperolehi markah penuh dengan mendapat pencapaian cemerlang President's Distinguished Club.
Presiden Kelab Pidato Hajah Kasmah Mokmin CC berucap mengalu-alukan tetamu dan ahli yang hadir mesyuarat latihan
Puan Rahimah Asrah turut berucap menjawab soalan tajuk bualan pada mesyuarat latihan
Sebahagian dari tetamu yang hadir mesyuarat latihan
Puan Rahimah dan Presiden Kelab Pidato
Datin Nurifrideri Bederi ACS, ALB membacakan matlamat Ucapan Datuk Hassan Alban DTM
Nur Asmah Pang CC, CL membacakan matlamat Ucapan Alawih Dantalmura ACB, CL
Toastmasters Norhayati Awang melaporkan selaku Juru Kira Ah
Hj. Pg. Bidin Timbang ACB, CL merumuskan laporannya selaku Penilai Am
IPP Alawih Dantalmura ACB, CL menerima Pin daripada Presiden Kelab Pidato kerana pencapaian Advanced Communicator Silver (ACS)
Dari kanan; Datin Nurifrideri Bederi ACS/ALB, Puan Rahimah Asrah, Hajah Kasmah Mokmin CC dan Anangdiri Janang CC
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi Puan Rahimah Asrah dan Presiden Kelab Pidato Hajah Kasmah Mokmin CC
Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato pada Rabu minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan jam 7:30 - 10:00 malam di Lot 2, Tingkat 1, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. TOASTMASTERS where leaders are made.
No comments:
Post a Comment