Mantan Presiden Kelab Pidato, Alawih Dantalmura
Mesyuarat Latihan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato) yang berlangsung 26 Oktober baru-baru ini menyaksikan 3 lagi ahli Koperasi Sibuga Jaya Sandakan Berhad (KOSIJASA) mendaftar sebagai ahli Toastmasters melalui Kelab Pidato.
Ketiga-tiga mereka; En. Jamran bin Manahing, En. Kasim bin Sarabi dan En. Syed Muhaddum bin Syed Mohd adalah Ahli Lembaga KOSIJASA yang diperkenalkan oleh Mantan Presiden Kelab Pidato (IPP) En. Alawih Dantalmura ACB/CL
Terdahulu, di Mesyuarat Latihan Kelab Pidato pada 14 Oktober lepas IPP telah memperkenalkan seorang ahli KOSIJASA Pn. Rusminah binti Lasit mendaftar sebagai ahli Kelab Pidato. Ini menjadikan empat ahli baharu telah didaftarkan sebagai ahli Toastmasters.
Dengan itu, Kelab Pidato memperoleh satu markah (point) untuk Distinguished Club Program (DCP) Goals, kerana berjaya membawa 4 ahli baharu menyertai program Toastmasters.
Biasanya setiap kelab Toastmasters yang menyertai DCP Goals mempunyai peluang untuk mencapai tiga peringkat pencapaian iaitu; Distinguished Club, Select Distinguished Club dan President's Distinguished Club
Untuk memperoleh pencapaian berkenaan, setiap kelab perlu menyiapkan tanggungjawab projek pendidikan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Toastmasters Intenational di mana:
Distingushed Club
Kelab yang mencapai 5 atau 6 markah
Select Distinguished Club
Kelab yang mencapai 7 atau 8 markah
President's Ditinguished Club
Kelab yang mencapai 9 atau 10 markah
Pada penggal yang lalu 2014/2015 semasa beliau memegang jawatan presiden, Kelab Pidato telah berjaya memperoleh markah penuh 10/10 menyaksikan pencapaian gelaran President's Distinguished Club.
Memperolehi markah penuh itu bukanlah perkara mudah, ianya perlu mendapat sokongan dan kerjasama daripada Exco Kelab Pidato. Beliau sangat beruntung pada masa itu kerana mempunyai Naib Presden Pendidikan, Datin Nurifrideri Bederi ACS/ALB yang berpengalam dalam mengatasi DCP Goals..
Sementara barisan Exco dan ahli Kelab Pidato yang lain tidak ketinggalan turut memberi komitmen dan kerjasama membantu menyahut cabaran bagi mencapai matlamat markah penuh supaya mendapat pengikhtirafan sebagai Kelab Cemerlang atau President's Distinguished Club.
Kata Mutiara " Bersama Menjulang Impian "
Itulah kata mutiara yang beliau kongsikan sebagai penggalak semangat berusaha bersama bersatu menjulang impian memperoleh pencapaian pada Penggal 2014/2015 Kelab Pidato berjaya mencapai PRESIDENT'S DISTINGUISHED CLUB satu anugrah yang tetinggi diberikan oleh Ibu Pejabat Toastmasters International.
Oleh: Admin
Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato pada Rabu minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan, jam 7:30 - 10:00 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Jalan Airport Batu 7, Sandakan. TOASTMASTERS where leaders are made.
No comments:
Post a Comment