Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Tuesday, 20 October 2015

Area K2 Evaluation and Humorous Speech Contest 2015


Gambar berkumpulan semua peserta, pemenang, petugas dan para tetamu


Sandakan Toastmasters Club diberi kepercayaan oleh pihak Pengurusan Toastmasters Area K2 sebagai tuan rumah menganjurkan Evaluation and Humorous Speech Contest tahun ini yang berlangsung di Borneo Cove Hotel, Sandakan pada 26 September lepas.

Pertandingan ini melibatkan Kelab-Kelab yang berada dalam lingkungan Area K2 antaranya; Sandakan Toastmasters Club, Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato), Tawau Toastmasters Club, Lahad Datu Toastmasters Club dan Kelab Toastmasters Bangsawan Lahad Datu.

Seramai 8 orang ahli yang menyertai pertandingan tahun ini, sementara Alawih Dantalmura satu-satunya perserta yang mewakili Kelab Pidato dalam pertandingan tersebut.

Sungguh pun beliau ahli di Kelab Pidato yang dikendalikan 100% dalam bahasa melayu, namun beliau mampu bersaing dengan ahli-ahli yang lain bertanding dalam bahasa Inggeris.

Beliau telah berjaya meraih Naib Johan dalam pertandingan Humorous Speech. Ini membuktikan bahawa Toastmasters boleh membentuk kredibiliti seseorang ahli menjadi lebih berkeyakinan untuk berada di khalayak umum.

Humorous Speech Contest dimenangi oleh wakil dari Tawau Toastmasters Club (Johan), wakil dari Kelab Pidato (Naib Johan) dan wakil dari Kelab Toastmasters Bangsawan Lahad Datu (Ke-Tiga).

Evaluation Speech Contest dimenangi oleh wakil dari Sandakan Toastmasters Club (Johan), wakil dari Lahad Datu Toastmasters Club (Naib Johan) dan wakil dari Tawau Toastmasters Club (Ke-Tiga).  

Turut hadir;  Area K2 Director Shane Ho, Dr. Renuka Nambiar DTM dan Datuk Hassan Alban DTM


Suasana di ruang pertandingan, Borneo Cove Hotel


Para petugas pertandingan sedang bersiap sementara para peserta pula sudah bersedia


Alawih Dantalmura ACB, ALB satu-satunya wakil Kelab Pidato yang turut menyertai pertandingan


Para pemenang dan peserta bersama Pengerusi Penganjur Pertandingan


Para pemenang Humorous Speech Contest tahun2015


Para pemenang Evaluation Speech Contest tahun 2015


Kunjungi pusat pengucapan awam Kelab Pidato pada Rabu minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan, mula jam 7:30 - 10:00 malam di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport Batu 7, Sandakan. TOASTMASTERS where leaders are made.


Oleh: Norhayati Awang


No comments:

Post a Comment