Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Thursday, 22 October 2015

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2015


Datuk Armani Hj. Mahiruddin berkunjung ke pameran Kelab Pidato Toastmasters Sandakan


Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato) mengadakan program pameran peluang pendidikan komunikasi dan kepimpinan yang di tawarkan Toastmasters International di Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah tahun ini, di Dewan Masyarakat Sandakan selama dua hari pada 8 dan 9 Oktober baru baru ini.

Naib Presiden Perhubungan Awam Kelab Pidato Puan Nur Asmah Pang CC/CL memberitahu, ini adalah pameran julungkalinya yang disertai oleh Kelab Pidato atas peluang yang dimainkan oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan mengikutsertakan pada majlis pelancaran tersebut.

Beliau berkata.  " Ini adalah satu langkah pertama untuk mendedahkan peluang pembelajaran yang boleh disertai oleh masyarakat umum di daerah Sandakan. "

" Toastmasters menyediakan peluang pembelajaran khusus di bidang pengucapan awam (komunikasi) dan kepimpinan. " Jelasnya.

Kelab Pidato merupakan rangkaian antara lebih dari 13,500 buah Kelab seluruh dunia yang berpusat di Amerika Syarikat di kenali TOASTMASTERS INTERNATIONAL menjalankan aktiviti 100% pendidikan khusus fokus kepada pembelajaran subjek komunikasi dan kepemimpinan.

Bukan itu sahaja, ahli Kelab juga berpeluang memperolehi lain-lain kemahiran seperti pengurusan masa, kemahiran pentadbiran organisasi, motivasi pembangunan kendiri serta beroleh keyakinan diri dalam setiap aktiviti umum.

Pengalaman dan kemahiran yang diperolehi di Kelab Pidato dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian keluarga mahupun di tempat kerja. Ini kerana ahli Kelab telah dibentuk dengan nilai-nilai tinggi iaitu integriti, dedikasih kepada kecemerlangan, berkhidmat kepada ahli dan hormat terhadap individu.

Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Hassan Alban Sandukong DTM berperanan menaja penubuhan Kelab Pidato pada tahun 2003 di mana Tuan Haji Awang Jafar CC/CL menjadi Presiden Penaja (Chartered President) yang pertama pada ketika itu meneraju proses pelaksanaan pendidikan.

Beliau bersama isteri Datin Nurifrideri Bederi ACS/ALB berjaya mengekalkan prestasi perkembangan Kelab Pidato sehingga ke hari ini telah berhasil melatih dan melahirkan ramai komunikator anak tempatan antaranya;

Hatta Yunus Sawabi ACG/ALB
Hj. Al Fazli Mohd Salleh ACS/CL
Sharifah Fatimah Sharif Ameeril ACB/ALB
Alawih Dantalmura ACB/CL
Hj. Awang Jafar CC/CL
Nur Asmah Pang CC/CL


Chartered President Kelab Pidat Hj. Awang Jafar CC/CL (pakai topi) bersama rakan-rakan


Kehadiran pengunjung Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan


Pameran buku dan mejalah Toastmasters 


VPE Anangdir Janang (kiri), Azlinah Agus dan Setiausaha Norhayati Awang


Para hadirin di acara Perasmian Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan


Kelihatan Datuk Armani Hj. Mahiruddin sedang menandatangani buku catatan tamu


Datin Nurifrideri Bederi ACS/ALB (kanan) melayan pengunjung dari TLDM


Mantan Presiden KPTS Hatta Yunus Sawabi ACG/ALB hadir sama


Datuk Zakaria Mohd Edris turut berkunjung ke pameran Kelab Pidato


President Sandakan Toastmasters Club Jonathan Lee berkunjung ke program pameran


Datuk Hassan Alban DTM menerima Cendra Hati 


Para petugas Pameran Kelab Pidato


Ketahui lebih lanjut program Toastmasters dengan berkunjung ke pusat latihan pengucapan awam kami di Mesyuarat Latihan pada Rabu minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan bermula jam 7:30 - 10:00 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Jalan Airport Batu 7, Sandakan. TOASTMASTERS where leaders are made. 


Oleh:  Norhayati Awang



No comments:

Post a Comment