Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Friday, 16 October 2015

Program Pertandingan Ucapan Penilaian dan Lawak Jenaka peringkat Kelab


Group foto peserta dan petugas pertandingan


Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato) telah mengadakan Pertandingan Ucapan Penilaian dan Lawak Jenaka peringkat kelab pada 9 September 2015 bertempat di pusat latihannya di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7 Sandakan.

Naib Pesiden Perhubungan Awam Kelab Pidato Nur Asmah Pang CC, CL selaku Pengerusi Pertandingan Ucapan Penilaian dan Lawak Jenaka tahun ini menganjurkan program dengan jayanya setelah mengumpulkan seramai lebih tujuh peserta kombinasi terdiri dari ahli lama dan baharu.

Pertandingan kali ini sungguh meriah dengan penyertaan daripada ahli ahli Kelab Pidato yang baharu, turut memberanikan diri mereka bertanding pada acara berkenaan.

Sememangnya Kelab Pidato adalah salah satu platform pusat pendidikan pengucapan awam yang berkesan untuk individu yang ingin memantapkan keyakinan diri dalam menyampaikan ucapan di khalayak umum.

Pertandingan dianjurkan ini bertujuan menguji pencapaian ahli menerusi prestasi yang dipelajari sepanjang berada di Kelab Pidato. Sementara ahli baharu pula dapat belajar dan menimba ilmu lebih mendalam dalam menyampaikan ucapan.

Terdapat dua kategori ucapan yang dipertandingkan iaitu; Ucapan Penilaian dan Ucapan Lawak Jenaka.

Ucapan Penilaian bermaksud di mana peserta dikehendaki melakukan penilaian terhadap ucapan yang disampaikan oleh seseorang dan Ucapan Lawak Jenaka pula adalah ucapan di mana diselitkan beberapa cerita lawak atau lucu sebagai penglipur lara kepada audien.

Pertandingan kali ini menyaksikan johan pertandingan jatuh kepada Mantan Presiden (IPP) Alawih Dantalmura bagi kedua-dua kategori, sementara Naib Johan jatuh kepada Setiausaha Kelab Pidato Norhayati Awang.

Satu lagi kemeriahan majlis kali ini adalah dihadiri oleh seorang tetamu istimewa iaitu Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Pangiran Roslan Pangiran Nasrun menyaksikan program ini sejak awal hingga selesai.

Selain itu beberapa ahli dari Sandakan Toastmasters Club turut hadir menyokong menjayakan program tersebut antara lain; Sandakan Toastmasters Club Mentor Datin Grace Chiu DTM, En. Jonathan Lee CC (President) dan En. Kwan Wai Pang Pang CC.

Hadir sama; Penaja Kelab Pidato Datuk Seri Panglima Hassan Alban Sandukong DTM, Datin Nurifrideri Bederi ACS, ALB, dan Charted President Hj. Awang Jafar CC, CL.


Dari kiri: Azlinah Agus, Alawih Dantalmura ACB/CL, Ismail Hassan CC, Sharifah Fatimah ACB, ALB dan Hajah Mariam Bundin CC


Bantara Hajah Marian Bundin CC petugas pada program pertandingan


Presiden Kelab Pidato Hajah Kasmah Mokmin CC selaku Pengerusi Pertandingan 
kategaori Lawak Jenaka


Alawih Dantalmura (Johan kedua-dua kategori) dan Norhayati Awang Naib Johan 
Ucapan Lawak Jenaka


Kunjungi kami di pusat pengucapan awam Kelab Pidato pada setiap minggu ke-dua dan ke-empat setiap bulan bermula jam 7:30 di Lot 2, Tingkat 1, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Anda boleh pelajari cara yang berkesan untuk melakukan penilaian dan ucapan lawak jenaka yang efektif. TOASTMASTERS where leaders are made.


Oleh: Norhayati Awang



No comments:

Post a Comment