Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Sunday, 11 October 2015

Menghadiri Majlis Instalasi Sandakan Toastmasters Club


Exco Kelab Pidato Toastmasters Sandakan


Presiden Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato) Hajah Kasmah Mokmin CC bersama rombongan menghadiri program Sandakan Toastmasters Club Installation Kali Ke-20 pada 5 September 2015 bertempat di Ballroom Borneo Cove Hotel, Jalan Pantai, Sandakan.

Majlis bermula dengan meraikan para tetamu jemputan untuk menjamu selera pada majlis makan malam jam 6:30 petang hingga 8:00 malam sebelum program Instalasi. Tahun ini Sandakan Toastmasters Club menggunakan tema Vintage di mana ahli ahli mereka dan para tetamu digalakkan mengenakan pakaian fesyen tahun enam puluhan.

"Sebuah kelab yang baik menyediakan lebih daripada sekadar tempat untuk latihan pengucapan awam. Kelab yang baik juga adalah merupakan satu komuniti yang membantu di antara satu sama lain." Division K Director Reuben Chin ACS, ALB berkata demikian berucap sebagai Tetamu Kehormat majlis berkenaan.

Sementara President Sandakan Toastmasters Club Jonathan Lee CC, CL berkata "Ini adalah bagaimana saya muncul dengan tema baru saya "A Journey to Begin" (Perjalanan untuk Memulakan) tidak pernah takut untuk memulakan dan bersedia untuk berdiri selepas banyak kali terjatuh, kerana saya percaya apabila anda berazam untuk berjuang, kemenangan pasti ditakdirkan akan menyebelahi anda."


 EXECUTIVE OFFICERS 2015/2016

President
Vice President Education
Vice President Membership    
Vice President Public Relations    
Secretary
Treasurer
Sergeant-at-Arms
Committee Members



 
:  Jonathan Lee Choon CC, CL
:  Yang Vui Kiat (Alex) CC
:  Peter Soo Chin Yee CC
:  Kwan Wai Pang CC
:  Jerry Foo Jasing TM
:
:  Hiew Ki Chung (Joseph) TM
:  Samuel Lim Li Kiang CC
   Luna Chua ATMB, CL
   Norman Chin DTM
   Datin Grace Chiu DTM
 
 
Hadir dalam rombongan Presiden Kelab Pidato; Datuk Seri Panglima Hassan Alban DTM bersama isteri Datin Nurifrideri Bideri ACS/ALB, Naib Presiden Keahlian Ismail Hassan CC, Naib Presiden Perhubungan Awam Nur Asmah Pang CC/CL, Setiausaha Norhayati Awang, AJK Azlinah Agus, Bentara Hajah MAriam Bundin CC, Mantan Presiden Alawih Dantalmra ACB, CL, Sharifah Fatimah ACB, ALB dan Mohd Taufiq CC.


Presiden bersama rakan2 sedang nikmati jamuan ringan


Mantan Presiden Alawih Dantalmura diganggu ahli Kelabv Pidato


Kelihatan Nur Asmah Pang CC, CL sedang menyuap kek pada Datin Nurifrideri Bederi ACS, ALB disamping Presiden Kelab Pidato Bangsawan Lahad Datu


Norhayati Awang dan Azlinah Agus dengan hadiah cabutan tiket bertuah mereka


( Gambar dari hadapan ) Alawih Dantalmura ACB, CL, Ismail Hassan CC, Norhayati Awang, Azlinah Agus mengambil tempat duduk sebelum majlis dimulakan....


Kunjungi pusat latihan pengucapan awam kami pada Rabu minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan bermula jam 7:30  -  10:00 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport Batu 7, Sandakan. TOASTMASTERS where leaders are made.


Oleh: Norhayati Awang
Setiausaha Kelab Pidato Toastmasters Sandakan 

No comments:

Post a Comment