Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Saturday, 24 November 2012

Distinguished President, Pencapaian Kali Ke-Enam



DTM Datuk Hassan Alban menyerahkan Anugrah Trophy Distinguished President daripada
Tosatmasters International kepada mantan presiden Kelab Pidato Toastmasters Sandakan
Nur Asmah Pang CC, CL


Pada Majlis Konvension District 87, 9-11 November 2012 berlangsung di Brunei Darul Salam. Kelab Pidato Toastmasters Sandakan telah memperolehi pencapaian Distinguished President bagi tahun 2011 di mana Competent Communicator & Competent Leader (CC, CL Nur Asmah Pang ialah Presiden Kelab.

Presiden Kelab tahun 2012-2013, Competent Communicator & Competent Leader (CC,CL Sharifah Fatimah Sharif Ameeril telah menghadiri komvension berkenaan bersama Distinguished Toastmasters (DTM) Datuk Hassan Alban dan Advanced Communicator Silver & Competent Leader (ACS, CL) Datin Nurifrederi Bederi.

DTM Datuk Hassan Alban dalam ucapannya di Mesyuarat Latihan pada 24 November lepas menyentuh tentang pentingnya menyertai dan menghadiri komvention di Brunei. Beliau menamakannya 3P seperti berikut:

P  -  Pelajaran
P  -  Persahabatan
P  -  Pemandangan


Pelajaran:

District 87 telah mendatangkan seorang penceramah terkemuka dari Amerika Syarikat bernama Deborah Torres Patel. Beliau ketika ini, melatih ratusan ribu personal dari pelbagai kategori di 70 buah negara di dunia untuk menjadikan mereka mahir dalam komunikasi dan berkeyakinan. Pada konvension di Brunei, beliau memberikan banyak tips kepada semua hadirin berkenaan memahirkan penggunaan suara di dalam pengucapan awam. 



Deborah Torres Patel ketika menyampaian ceramahnya
http://www.facebook.com/deborah.torres.patel


Jock Elliott pemenang tempat petama pertandingan pidato antarabangsa 2011
Persahabatan:

Lebih 300 ahli Toastmasters District 87 melibatkan Brunei, Indonesia, Sarawak, Sabah dan Labuan telah hadir. Ini menunjukan peluang untuk kita berkenalan serta menambah sahabat baru yang datang dari negara lain selain dapat berkongsi pengalaman dengan mereka.


Pemandangan:

Negeri Brunei Darussalam memilki keindahan pemandangan persekitaran yang tersendiri tersergam menarik perhatian pengunjung luar dan dalam negeri terutama senibina masjidnya.


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin


Istana Sultan Brunei Darussalam


Datanglah berkunjung ke Pusat Latihan Pengucapan Awam & Kepimpinan pada stiap Rabu jam 7:30 p.m. di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters di mana pemimpin tercipta.


Sumber: Admin


No comments:

Post a Comment