Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Wednesday, 26 June 2013

Membentuk Kumpulan Kukuh


Kumpulan yang berjaya berorientasikan tindakan


Dalam proses pelaksanaan kerja berkumpulan (collective) kejelasan begitu amat penting supaya setiap individu yang berada dalam sebuah kumpulan saling lengkap melengkapi dan bantu membantu antara satu sama dengan yang lain.

Sebab, apabila tidak ada kejelasan sementara ahli kumpulan tidak tahu apa yang hendak dilakukan sesama mereka, kemungkinan ada di antara anggota kumpulan membuat kerja yang sama sehingga dilakukan berulangkali seta kekadang melakukan kesilapan tanpa disedari.

Oleh itu semua anggota dalam sesebuah organisasi mesti jelas dengan fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab mereka masing-masing.

Anda tidak boleh bergerak capat tanpa sebuah kumpulan yang cemerlang serta berorientasikan kepada kepantasan. Kouzes & Posner (2003) berpendapat, seorang pemimpin yang melakukan perubahan tidak mampu bekerja bersendirian.

Mereka berkata.  " Kita tidak boleh melakukan sesuatu yang baik tanpa orang lain."


Tips Bagi Membentuk Kumpulan Kukuh  (Effective Teamwork):


1.     Jangan terlalu bercita-cita tinggi dengan membentuk sebuah kumpulan yang unggul atau super team iaitu kumpulan yang terdiri daripada orang-orang yang bijak. Pilihlah orang-orang yang mahu bekerjasama dan mahu memberikan sumbangan kepada kumpulan. Orang-orang yang bijak biasanya tidak suka bekerja dalam kunmpulan kerana berasa mereka mampu bekerja sendiri. Orang-orang yang mempunyai kebolehan sederhana adalah lebih baik, asalkan mereka mempunyai komitmen yang tinggi.

2.     Merekrut orang-orang yang komited kepada kesempurnaan, memiliki standard yang tinggi, mengharap perkara yang terperinci serta berorientasikan tindakan. Jangan pilih orang-orang yang mudah cemas dan memiliki masalah peribadi kerana orang yang sedemikian mungkin akan menjadi bebadan terhadap kumpulan dan organisasi.

3.     Letakan standard dan peraturan yang jelas. Sebuah kumpulan mampu melaksanakan kerja dengan baik apabila terdapat peraturan yang jelas dan pada masa sama ia juga perlu fleksibel.

4.     Harapkan yang baik. Pemimpin perlu memberikan galakkan kepada kumpulan untuk memaksimumkan potensi serta menghasilkan kerja yang bermutu.

5.     Kuncinya adalah komunikasi. Pemimpin tidak harus membiarkan ahli-ahli kumpulan terasing dari satu sam lain. Mereka perlu saling mengenal dan mempunyai hubungan yang baik. Dengan demikian, mereka juga boleh menjalin kerjasama dengan baik. Contohnya di Jepun, pekerja-pekerja suka mengisi kekosongan masa selepas waktu pejabat, mereka bersama rakan-rakan sekerja.

6.     Berikan perhatian. Pemimpin harus memberikan sokongan untuk menaikkan semangat kepada anggota-anggota kumpulan dengan sering melawat ke tempat kerja mereka. Seperti contoh, Tom Peters memperkenalkan konsep Management by Working Around (MBWA). Dengan melakukan kunjungan itu, para pekerja merasa dihargai dan ini dapat menyuntik semangat mereka.

7.     Berikan penghargaan. Semakin besar sebuah organisasi, semakin cendrung ia bersifat formal dan tiada sentuhan peribadi. Namun, orang-orang di dalam organisasi bukannya sekadar angka atau statistik, melainkan individu-individu yang perlu dihargai.

8.     Berikan penghargaan kepada semua orang di dalam kumpulan. Apabila suatu kumpulan itu menunjukkan prestasi yang cemerlang, berika penghargaan kepada semua orang dalam kumpulan itu dan bukannya hanya kepada sebahagiannya sahaja.

9.     Berikan sokongan kepada semua kumpulan di dalam organisasi. Sebuah kumpulan tidak bekerja dalam vakum dan terasing dari kumpulan-kumpulan lain. Setiap kumpulan perlu saling bekerjasama untuk mencapai tujuan organisasi. Dengan itu, pemimpin perlu meberikan sokongan kepada semua kumpulan tanpa berbelah bagi.

10.   Raikan bersama. Setiap kali kumpulan berhasil mencapai satu kejayaan, pemimpin perlu meraikannya dengan suatu majlis atau upacara. Ini adalah sebagai pengakuan serta penghargaan kepada kumpulan yang bekerja keras itu.

11.   Jangan bubarkan kumpulan yang kuat atau the winning team. Sebuah kumpulan tidak terbentuk dengan sendirinya. Ia terbentuk melalui satu proses yang melibatkan kemahiran, tenaga dan perasaan. Oleh sebab itu apabila sebuah kumpulan terbentuk, pemimpin perlu memupuk, menyokong dan menguatkannya.

Pemimpin perlu sentiasa melihat, memantau serta menilai organisasi. Dia hendaklah menyedari apa kekurangan dan kelemahan serta mengambil tindakan dengan cepat bagi mengatasi dan memperbaiki keadaan.

Dengan itu, organisasi sentiasa dinaitaraf untuk menjadi lebih efisyen, efektif dan produktif. Apabila pemimpin dapat melakukan semua ini, natijahnya organisasi itu berkemampuan menghadapi sebarang perubahan dalam bentuk kecemerlangan.


" Orang-orang yang mempunyai komitment dapat menghasilkan 

sesuatu yang luarbiasa. "


- John C. Maxwell -


Berlatih mengurus kumpulan yang kukuh dan kuat datanglah berkunjung ke Pusat Latihan Pengucapan Awam & Kepimpinan pada setiap Rabu minggu ke-dua dan ke-empat, jam 7:30 p.m. di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters di mana pemimpin tercipta.


Susunan:  Admin
Sumber: CHANGE Rhenald Kasali, Ph. D.

No comments:

Post a Comment