Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Wednesday, 3 July 2013

Kursus Pengucapan Awam - Staf Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Sandakan


Datuk Hassan Alban Sandukong DTM


Distinguished Toastmaster, Datuk Hassan Alban Sandukong dari Kelab Pidato Toastmasters Sandakan diberi kepercayaan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Sandakan memberikan Kursus / Latihan Komunikasi kepada kakitangannya (staf) selama dua bulan.

Kursus berkenaan telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Bangunan LHDN, Batu 7, Jalan Labuk, Sandakan pada Isnin, Selasa dan Rabu setiap minggu Mei dan Jun 2013.

Bentuk latihan yang dijalankan mengikut standard piawaian Toastmasters International yang berkonsepkan prosidur parlimen di mana latihan merangkumi kemahiran komunikasi, pengucapan awam, kepimpinan dan juga pengurusan masa. 

Pelaksanaan prinsip amalan ini akan membentuk individu merasa berkeyakinan, berdisiplin selain mahir dalam menyampaikan komunikasi di khalayak umum dengan berkesan.

Turut sama menjayakan kelancaran kursus ini ahli-ahli Kelab Pidato Toastmasteras Sandakan; Datin Nurifrederi Bederi ACS, CL, Sharifah Fatimah Sharif Ameeril CC, CL, Hj. Awang Jafar CC, CL, Hj. Pgn. Bidin Timbang ACB, Hatta Yunus Sawabi ACG, ALB, Nur Asmah Pang CC, CL, Mohammad Akram Indin CC dan Ismail Hassan CC. 


Datin Nurifrederi ACS, CL menunjukkan bagaimana tugasan seorang Bentara


Salah seorang daripada pekerja LHDN menjawab soalan Tajuk Bualan


Fasilitator, Datuk Hassan Alban Sandukong DTM, ketika menyampaikan ucapan taklimat


Salah seorang pekerja LHDN (peserta kursus) berucap memperkenalkan diri


Juru Perkataan, Hatta Yunus Sawabi ACG, ALB memberikan hadiah kepada peserta kursus kerana terbanyak menggunakan perkataan hari ini.


Cik Nuraini (peserta kursus) menyampaikan ucapan Tajuk Bualan


Penilai Am, Nur Asmah Pang CC, CL menunjukkan bagaimana cara menyampaikan ucapan Penilai Am


Peserta kursus (pekerja LHDN) menerangkan berucap menerangkan tugasan Juru Waktu


Peserta kursus (staf LHDN) ketika menyampaikan ucapan pidato.


Sebahagian daripada peserta kursus dan ahli-ahli Kelab Pidato Toastmasters Sandakan


Kunjungi pusat latihan pengucapan awam, Kelab Pidato Toastmasters Sandakan setiap Rabu minggu ke-dua dan minggu ke-empat, jam 7:30 p.m. di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters di mana pemimpin tercipta.


Sumber: Admin


No comments:

Post a Comment