Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Monday, 21 July 2014

Tips bagaimana hendak mengawal emosi marah (panas baran)




Semalam semasa berada di Pejabat Bahagian ramai para ketua cawangan hadir untuk menerima bantuan Hari Raya Aidil Fitri dari wakil rakyat. Ada seorang ketua cawangan tiba-tiba keluar dari pejabat dengan reaksi teramat marah sambil menuding jari tangannya ke dalam pejabat.

" Mengapa kamu tak nak bagi saya.. tidak mengapa saya pun ada duit bah! " Kata-kata yang lahir dari lisannya sementara bergegas keluar pejabat kemudian turun ke bawah dan terus pulang.

Persoalannya adalah, marah tidak bertempat apa tah lagi di dalam bulan Ramadhan, bulan di mana kita menjalankan ibadah menguatkan kesabaran.  

Rupanya, nama ketua cawangan berkenaan tidak terdapat dalam senarai yang menerima bantuan duit raya dari wakil rakyat. Ini yang menyebabkan dia naik darah dan terus melenting mengeluarkan kata-kata kesat.

Sehubung itu saya ingin menyumbang tips untuk dikongsi bersama bagaimana seseorang boleh mengawal keadaan yang akan menimbulkan emosi marahnya.

Pada kebiasaan berlaku kemarahan akan mengakibatkan dan mengundang pelbagai perkara negatif (keburukan).

Reaksi seseorang yang sedang marah boleh nampak pada (bahasa tubuhnya), raut wajah dan anggota badannya seperti di mana paras muka bertukar menjadi merah, urat leher kelihatan timbul dan menegang, tubuh mengigil disebabkan perasaan geram (ammarah), suara menjadi lantang sementara lisan pula mula mengeluarkan kata yang tidak senonoh negatif seperti mengutuk atau menengking dengan perkataan kesat.

Ada pula, kesan daripada perasaan emosi marah tanpa dikawal, seseorang itu boleh mencapai ke tahap bertindak memukul, mencedrakan atau membunuh.

Perbuatan sedemikian akhirnya mendorong kepada keadaan yang akan menyakitkan perasaan orang lain dan natijahnya mewujudkan permusuhan serta kebencian sesama sendiri.


Mengapa Wujud Perasaan Marah... ?


Sungguhpun emosi marah merupakan sifat semula jadi manusia, namun seseorang muslim hendaklah berusaha untuk mengelak dan menjauhkan diri daripada apa-apa perkara yang boleh mendatangkan emosi kemarahan.

Suka saya berkongsi dengan anda supaya kita dapat mengamalkan tiga langkah kaedah mengawal emosi marah agar stabil dalam keadaan tenang.

Sebab, kemarahan biasanya adalah berlaku berpunca daripada kegagalan seseorang mengawal emosi, perasaan marah ataupun panas baran.

Di dalam kehidupan seharian bergaul dengan samada keluarga, rakan mahupun orang lain, pelbagai perkara yang berupa ujian hidup akan menimbulkan pelbagai emosi dalam diri seseorang yang ada kalahnya menjadikan emosi tidak menentu serta tidak dapat dikawal.


PERTAMA:  Banyakkan Minum Air Kosong


Pengambilan banyak minum air kosong bersih. Biasanya doktor atau pakar kesihatan menyarankan kepada seseorang untuk minum air kosong bersih sebanyak lapan gelas sehari (paling kurang), kalau boleh mungkin capailah lebih dari ini.

Mengapakah kita perlukan minum air yang banyak?

Sebabnya adalah air memang sesuai menenangkan dan menyejukkan suhu badan seseorang. Syaitan itu dicipta daripada api, maka siramlah api yang berada di dalam badan kita dengan air kosong bersih.

Caranya adalah apabila hendak meminum air itu ucapkan Basmalah iaitu bacaan Bismillahir-rahmanir-rahim setiap kali kita hendak minum air kosong bersih.

Satu cara lagi adalah berwudhuk (ambil air sembahyang) lebih baik.
Selepas itu berdoa mohon kepada Allah supaya api kemarahan yang sedang membara di dalam diri kita itu menjadi kecil dan akhirnya terpadam dengan sendirinya. Biarkannya emosi marah tersebut hapus sama sekali.


KEDUA:  Amalkan memakai pewangi setiap masa.


Wangikan tubuh dan kawasan persekitaran. Sebabnya wangi-wangian akan membawa emosi marah kembali stabil sementara bau yang busuk pula akan menyebabkan seseorang merasa cepat timbul marahnya.

Tanpa sebarang wangian mungkin tidak apa-apa, namun sebenarnya wangi-wangian itu akan dapat merangsang diri seseorang untuk lebih tenang dan segar serta kebijaksanaannya berfungsi dengan baik sekali.


KETIGA:  Amalkan Teknik “Pause” (berhenti / berdiam sejenak)


Berdiam sejenak salah satu juga dari teknik kawal kemarahan.

Kaedah pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Sebab cara ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional.

Sifat sabar semasa keadaan marah adalah juga cara yang baik. Namun kadang-kadang seseorang terlupa sebenarnya berpindah kepada kesabaran itu memerlukan seseorang tangkas merasionalkan diri.

Dengan demikian, kaedah “pause” boleh digunapakai untuk membantu diri seseorang menjadi rasional semasa dalam keadaan marah.

Semoga tips ini dapat menjadikan kita insan yang memiliki emosi tenang dan sejahtera sepanjang usia yang masih lagi berbaki. Mudah-muhan juga kita dapat meningkatkan amal baik kita dan perbanyakan mengamal dengan zikrullah agar hati kita menjadi lebih lembut lagi tenang.

Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato Toastmasters Sandakan pada Rabu jam 7:30 petang - 9:30 malam, minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan di Lot 2, Tingakat 1, Jalan Airport, Taman Fajar Baru, Batu 7, Sandakan. TOASTMASTERS ITERNATIONAL di mana pemimpin tercipta.


Oleh:  Admin



No comments:

Post a Comment