Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Monday, 23 June 2014



Ada lima punca utama seseorang terbelit oleh hutang....


Kita berutang kerana pelbagai sebab dan alasan, terutama untuk perkara yang tidak boleh dikawal. Contohnya kemalangan dan perlukan duit untuk perbelanjaan perkhidmatan hospital atau kehilangan pekerjaan yang akan menjadikan kita selama beberapa bulan hidup dengan kad kredit.

Berhutang untuk membeli sesuatu yang jumlahnya dan nilainya agak tinggi, seperti kereta atau rumah tidak ketinggalan lazim dilakukan.

Apa pun dia alasannya, hutang boleh menimbulkan pening kepala. Sebahagian orang terpaksa berutang di tempat lain untuk melunaskan hutangnya dan ini menjadi lingkaran yang sukar dihapuskan. Sebenarnya, situasi ini boleh dielak dengan mewujudkan sikap berdisiplin dan menggunakan kebijaksanaan dalam mengurus kewangan.


Umumnya terdapat beberapa kategori orang yang sememangnya mudah berutang:


1. Tidak akan mengaku kalah dengan kebolehan orang lain


Tanyalah pada diri sendiri, apakah anda memikirkan perlu membeli sesuatu benda hanya kerana orang lain memilikinya dan menggunakannya? Jika memang ya, tahanlah diri agar tidak terikut-ikut untuk menyamai orang lain.

Memang tidak dapat dinafikan ada orang yang mampu melebih diri anda atau berkemampuan untuk membeli sesuatu benda lebih dari apa yang dapat kita lakukan. Jika anda tidak mempunya kecukupan wang, tidak perlu memaksa diri untuk beli secara ansuran. Apatah lagi jika benda yang anda beli ansurannya belum lunas, lalu anda membeli benda baru yang juga dibayar dengan cara ansuran.


2. Tidak realistik


Siapa yang tidak ingin duduk di rumah impian yang mewah dan memandu kenderaan impian yang moden? Atau setiap melancong, selalu ingin kembara ke luar negeri. Tidaak ada salahnya menggapai mimpi. Namun, hendaklah jangan lupa untuk menginjak di bumi nyata. Apakah gaji anda ketika ini sudah cukup untuk membayar beberapa ansuran berkenaan.


3. Membeli benda yang tidak diperlukan


Mungkin anda berkuasa dan mampu menyelesaikan setiap tagihan kad kredit dengan lunas tiap-tiap bulan. Tetapi jika anda telah terbiasa dan ketagih membeli belah barang-barang yang sebenarnya tidak diperlukan, bukannya tidak mungkin, minat berbelanja ini suatu hari akan menjadi tidak terkawal dan melampai batas..


4. Tidak mempunyai simpanan


Jika anda tidak memiliki simpanan, bagaimana anda boleh membayar perbelanjaan yang tidak diduga? Pastinya anda akan berhutang. Hampir sebagian besar orang tidak memiliki simpanan yang dapat menutupi perbelanjaan mereka selama tiga bulan apabila terjadi sesuatu darurat seperti kehilangan pekerjaan atau membayar perbelanjaan hospital.

Jika anda hanya mengandalkan gaji buanan untuk hidup dari hari ke hari dan tidak mempunyai simpanan, satu langkah keliru akan membuatkan anda jatuh muflis. Jika sukar untuk menambah pendapatan tambahan, bermulalah dengan mengurangkan perbelanjaan.


5. Tidak membuat anggaran perbelanjaan (budget)


Bilakah kali terakhir anda melakukan penilaian terhadap anggaran perbelanjaan yang sudah dibuat? Atau memang tidak pernah membuat anggaran perbelanjaan? Membuat perancangan kewangan memang leceh sehingga banyak orang lebih memilih mengikuti arus sahaja.

Tetapi, duduk sebentar dan membuat anggaran perbelanjaan dan pengurusan kewangan untuk mingguan atau bulanan akan membantu anda mengetahui ke mana "aliran" wang apabila terjadi kekurangan. Jika anda bersungguh-sungguh hendak menyelesaikan kewangan, mulailah belajar membuat anggaran perbelanjaan dan berdisiplin terhadap rancangan yang telah anda susun.


Semoga tips ini dapat menambah ilmu pengurusan kewangan kita di masa hadapan yang sentiasa menghadapi arus peningkatan harga barangan dan perkhidmatan 


Disusun oleh: Admin
Sumber: Whiseread


Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato Toastmasters Sandakan pada Rabu minggu ke-dua dan ke-tiga setiap bulan mula jam 7:30 – 9:30 p.m. di Lot 2, Tingkat 1, Jalan Aiport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters di mana pemimpin tercipta.



No comments:

Post a Comment