Pada sebuah artikel yang menarik dari laman sesawang Galtime, menceritakan pengalaman seorang pengarah muda bernama June. Ceritanya di mana, suatu hari June dilantik untuk menyampaikan ceramah (pemidato) dalam satu projek seminar perniagaan.
Apa yang berlaku...?
Perjalan seminar tersebut agak baik juga, namun tragis di saat penyampaian pembentangan oleh June, apabila sesi berakhir dengan kecundang secara total gagal...!
Mengapa demikian...?
Pada prinsipnya, June gagal mengawal tumpuan dan minat peserta/pendengar untuk mengikuti dan memperhatikan material yang dipersembahkan oleh June. Semua peserta seminar kelihatan masing-masing sibuk dengan gerak geri sendiri, merasa bosan mendengar, seolah seperti orang mengantuk. Sedang June mengaku telah bersedia dan menyiapkan segala-galanya secara tersusun.
Memang malang sekali nasib June. Apakah anda pernah berhadapan dengan situasi serupa itu...?
Stephen Keague, seorang penulis buku bertajuk The Little Red Handbook of Public Speaking and Presenting berkata, apabila berceramah di khalayak umum, baik dalam seminar mahupun mesyuarat di pejabat, persediaan dan persiapan yang terperinci adalah sama pentingnya dengan mempersiapkan pakaian yang akan anda kenakan. Lengkapkan juga bahan-bahan alat bantu dengan format yang mudah difahami, singkat dan berusaha menggunakan hanya satu atau dua image yang dapat dilihat dan menarik perhatian.
Berikut adalah tips supaya dapat seseorang menjadi pemidato / penceramah handalan serta dinanti-nantikan oleh pendengar khalayak ramai:
- Sediakan tajuk dan pembahasan yang menarik dan jelas. hindari daripada penjelasan yang terlalu teoritikal atau rumit difahami. Kebiasaannya, orang lebih berminat dan suka kepada topik yang berkaitan fakta ada hubungan dengan mereka (pendengar).
- Apabila menyampaikan ceramah, tumpukan pada topik yang telah anda pilih, jangan melencong dari tajuk. Jika ada pendengar ingin mengetahui perkara di luar topik, biarkan mereka bertanya.
- Jangan takut untuk mengutarakan apa yang anda fikirkan, apa yang anda sarankan, mengapa menurut anda idea tersebut menarik serta bermanfaat untuk dibahas.
- Pemimpin yang mempunyai sudut pandang yang tegas dan berkeyakinan, lebih disukai dan dipercayai. Maka, selain bahan alat bantu, persiapkan diri dan minda anda dengan sebaik-baiknya. Pemimpin yang kelihatan kekok di hadapan orang ramai, hanya akan menjadi bahan lawak.
Setelah proses persiapan yang sarat debaran. Akhirnya, tiba waktu anda maju ke depan podium untuk melakukan pembentangan.
Berikut beberapa perkara yang perlu anda perhatikan pada peserta seminar:
Perhatikan gerak tubuh peserta (body language).
Apakah majoriti sedang duduk bersandar dengan memanjangkan kedua kaki ke hadapan. Jika ada, itu membawa maksud mereka rasa bosan dan tidak tertarik dengan apa yang anda sampaikan.
Perhatikan tatapan mata (eye contact).
Sepanjang menyampaikan pembentangan, perhatikan tentangan mata dengan peserta yang hadir, terutama mereka yang duduk di barisan hadapan. Melalui pandangan mata, anda boleh mengetahui apakah mereka memerhatikan dan mengikuti seminar atau bermain dengan telefon bimbit pintar dan tablet?
Perhatikan reaksi peserta
Reaksi adalah perkara paling mudah untuk bertindakbalas pendapat seseorang pada diri kita. Apakah mereka bosan? Kagum? Bingung? Mendapat inspirasi?
Apabila anda meragui telah kehilangan minat peserta. Beberapa perkara yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:
Ajak peserta untuk terlibat sama dengan bahan-bahan alat bantu seminar. Caranya, ajukan pertanyaan, atau tawarkan kepada peserta untuk berkongsi pengalaman dan cerita yang ada kaitan dengan topik seminar.
Selitkan cerita dan aksi lawak jenaka yang menyegarkan di cela-cela pembentangan. Biarkan peserta menghalau rasa mengantuk mereka dengan lawak ketawa. Sebab, rasa mengantuk boleh jadi disebabkan suhu ruang seminar yang terlalu dingin atau sandaran kursi yang ampuk.
Apabila anda kesuntukan waktu, akhiri pembentangan dengan ringkasan yang mudah dan dapat diamalkan. Pemerhatian peserta seminar memberikan anda peluang untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan anda sebagai seorang penceramah. Respon peserta adalah isyarat paling penting dan tersirat.
Perkara terakhir yang perlu anda ingat adalah kunci kejayaan seorang penceramah, bukannya terletak pada ketangkasan memilih bahan dan alat bantu dan bagaimana cara menyampaikannya dengan tepat. Prinsip jitu menjadi seorang penceramah hebat adalah fasih berkomunikasi merupakan keinginan kepada pihak kedua, tanpa dilihat ibarat seorang penjual ubat, atau guru sejarah yang membosankan.
Susunan: Admin
Sumber: Melissa Hendrasari
Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato Toastmasters Sandakan di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan setiap Rabu minggu ke-dua dan ke-empat mula jam 7:30 petang - 9:30 malam tiap-tiap bulan. Toastmasters di mana pemimpin tercipta.
No comments:
Post a Comment