Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Friday, 13 June 2014

Landasan Pendidikan Pengucapan Awam Toastmasters International


TREK KOMUNIKASI

Bercakap tentang trek komunikasi

Ahli Toastmasters yang ingin menumpukan kepada kemahiran berkomunikasi dimulai dengan Siri Pemidato Mahir (Competent Comunicator) yang termasuk di dalam Kit Ahli Baru. Apabila ahli berjaya menyelesaikan manual ini, mereka boleh melangkah setapak demi setapak ke peringkat manual Siri Kamunikasi Lanjutan (Advanced Communication Series).




Manual Pemidato Mahir / Competent Communicator - CC


Ada 10 projek ucapan terdapat di dalam manual ini yang akan membantu anda mengembangkan kemahiran komunikasi anda, satu langkah pada satu masa. Apabila anda berjaya menyelesaikan semua projek, anda layak untuk mendapat pengiktirafan sebagai seorang Pemidato Mahir (CC).

Lengkapkan Permohonan Anugerah CC dalam manual ini dan pinta kepada pegawai pendidikan iaitu Naib Presiden Pendidikan (VPE) supaya mengemukakan permohonan anda itu secara online ke Ibu Pejabat Toastmasters. Anda akan menerima sijil CC, sekiranyaj ini adalah pencapaian CC pertama anda, dua siri manual komunikasi lanjutan akan diberikan percuma.


Siri Pemidato Lanjutan / Advanced Communicator Siries (Item 226A - 226Z)


Selepas anda menerima pengiktirafan CC, anda boleh meneruskan projek di peringkat Siri Komunikasi Lanjutan. Terdapat 15 manual, masing-masing mengandungi lima jenis projek komunikasi. Di peringkat ini terdapat banyak panduan yang berorientasikan kerjaya.

Anda boleh memilih manual yang anda inginkan untuk menyelesaikan dan menambah kemahiran yang anda hendak belajar. Berlatih pada peringkat manual lanjutan ini, anda akan berpeluang memperbaiki dan meningkatkan kemahiran komunikasi anda serta layak untuk menerima beberapa anugerah:


Pemidato Lanjutan Gangsa / Advanced Communicator Bronze - ACB


Untuk layak anugerah ini, anda mesti telah pun memiliki:

  • Pencapaian Pemidato Mahir / Competent Communicator - CC
  • Menyelesaikan dua manual Siri Komunikasi Lanjutan / Advanced Communication Series.


Pemidato Lanjutan Perak / Advanced Communicator Silver - ACS


Untuk layak anugerah ini, anda mesti mempunyai:

  • Pencapaian Pemidato Lanjutan Gangsa / Advanced Communicator Bronze - ACB
  • Menyelesaikan dua manual projek komunikasi lanjutan
  • Melaksanakan projek pembentangan mana-mana dua kertas kerja iaitu The Better Speaker Series dan The Successful Club Series.


Pemidato Lanjutan Emas / Advanced Communicator Gold - ACG


Untuk layak anugerah ini, hendaklah telah melengkapi:

  • Pencapaian Pemidato Lanjutan Perak / Advanced Communicator Silver - ACS
  • Menyelesaikan dua manual projek komunikasi lanjutan.
  • Melaksanakan projek pembentangan kertas kerja melalui Success / Leadership Series, Success / Communication Series atau Youth Leadership.
  • Menjadi Jurulatih kepada ahli baru dengan tiga projek pengucapan pertama.


Apabila anda memperolehi pencapaian Pemidato Lanjutan Emas / Advanced Communicator Gold, bermakna anda telah pun menamatkan enam daripada manual Siri Komunikasi Lanjutan dan akan mendapat peluang yang luas untuk menikmati banyak kemahiran pengucapan awam.

Untuk mendapatkan pencapaian mana-mana pengiktirafan Advanced Communicator, lengkapkan bahagian yang berkenaan dalam borang permohonan Anugerah Advanced Communicator di bahagian belakang mana-mana manual lanjutan.

Minta naib presiden pendidikan untuk menyerahkan secara online ke Ibu Pejabat Toastmasters. Anda akan menerima sijil, jika anda perlukan Ibu Pejabat Toastmasters akan menghantar surat kepada majikan anda memaklumkan tentang pencapaian anda dalam pendidikan di Toastmasters.


Susunan:  Admin
Sumber: Toastmasters International


Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato Toastmasters Sandakan pada Rabu minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan mulai jam 7:30 - 9:30 malam di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters di mana pemimpin tercipta.

No comments:

Post a Comment