
Keluhan adalah suatu sifat dan kebiasaan negatif yang boleh menjejaskan kesejahteraan anda. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahwa sifat mengeluh dapat mempengaruhi proses minda seseorang, kesihatan fizikal, kesihatan mental serta kesejahteraan hidup seharian akan menyebelahi tingkah laku negatif.
Kebiasaan sifat negatif ini akan menyebabkan hadirnya perasaan ketidakpuasan hati mengharungi kehidupan, merasa cemas selalu, tekanan dan gangguan fikiran serta emosi yang tidak dapat dikawal.
Ada seketikanya anda merasa perjalanan hidup anda yang tidak sehaluan dengan citarasa dan kehendak anda, kemudian akan menimbulkan kekecewaan memimpin emosi anda dan cara anda berfikir.
Perlu diambil perhatian bahawa, hidup anda bukannya hanya untuk berkisar di antara orang-orang yang menurut pendapat anda jengkel. Hadirnya anda di kalangan mereka adalah lebih bermakna dan penting daripada itu, lebih signifikan dibandingkan pendapat negatif orang yang merasa dengki dengan anda.
Bermula dari saat ini, padamkan semua keluhan anda dan cipta kehidupan yang lebih sejahtera dan menyeronokan anda. Kehidupan hanyalah sekali sahaja di dunia ini, tampal telinga dan tutup mata anda daripada suasana yang tidak perlu pun anda mendengarnya dan melihatnya. Laksanakan sesuatu pekerjaan yang lebih membawa manafaat supaya membuahkan hasil yang terbaik.
Berikut adalah 5 tips yang boleh anda ikuti kearah kesejahteraan dan kecemerlangan hidup:
1. Jangan mengingat perkara yang telah berlalu (yang tidak diperlukan) -
Hendaklah disedari, terdapat banyak perkara yang tidak perlu anda lakukan. Ada had, batasnya dan sekatannya dalam anda mengharungi kehidupan seharian yang pastinya anda tidak dapat mengawalnya. Contohnya, anda tidak dapat mengubah keadaan cuaca, mengubah hari bersuka ria mahupun membuat keputusan pengurusan. Mengapa mesti susah hati memikirkan perkara yang telahpun terjadi? Hentikan kebiasaan menyusahkan diri di atas segala yang mutlak serta yang tidak pun boleh diubah di luar kemampuan anda?
2. Merasa bersyukur -
Usah menyangkal, bersifat jujurlah, berapa kali anda mengeluh setiap hari dalam hidup sehari? Itu merupakan perkara yang sangat humaniti, di mana ada kalahnya kita sering mengeluh tentang sesuatu yang tidak kita miliki dalam kehidupan dan melupakan apa yang sedia ada.
Hendaklah bersyukur di atas segala nikmat sesuatu yang anda miliki dalam hidup. Bersyukurlah kerana anda adalah diri anda yang sebenarnya dan bukannya diri orang lain. Sebabnya, mengeluh adalah kebiasaan negatif dan tidak akan meringankan dan menyelesaikan apa-apa yang menjadi sulit untuk anda
Cubalah untuk membuat penyenaraian perkara baik yang berlaku di dalam kehidupan anda, kemudian baca semua senarai kebaikan tersebut. Lalu cuba fikirkan sejenak bahwa di luar sana masih banyak orang yang lebih menderita dan sengsara apabila dibanding dengan diri anda. Jangan lupa ungkapkan lafaz syukur dalam titik pusat sanubari anda.
3. Senentiasa menetapkan fikiran positif -
Memang sukar untuk sentiasa berfikiran positif apabila hidup mendominasi banyak unsur dan perkara negatif. Natijahnya, anda lagi-lagi akan bertambah mengeluh.
Namun, itu tidak bermaksud anda menyerah melatih diri supaya berpikir secara positif. Ketika fikiran negatif sedang menyerang anda, bertenang dengan cara fokus kepada minda yang terbuka, yakin terhadap kekuatan iman serta memelihara keharmonian di antar persekitaran anda. Alhasil, anda akan merasa sejahtera dan jalan hidup anda terasa lebih baik, mudah lagi bermakna.
4. Belajarlah menegakan sikap tegas -
Jika anda ingin menghilangkan kebiasaan negatif (mengeluh), maka berlatihlah untuk bersikap lebih tegas. Belajar "membela diri", tanpa menindih maruah dan harga diri orang lain. Jangan jadikan diri anda umpama keset kaki. Berhentilah mengeluh, tunjukkan kepercayaan dan keyakinan diri anda dengan fakta yang ada. Namun, tetap pertahankan tata tertib dan adab sopan santun.
5. Elakan menghakimi orang lain -
Hindarkan daripada membuang-buang waktu menghukum dan menghakimi orang lain, mengkritik cara rakan bekerja, mengeluh soal kebijakan perniagaan yang menurut anda tidak adil, dan perkara-perkara lain. Mencibir di “balik tabir” suatu tingkahlaku pecundang. Lakukan tindakan nyata, buktikan bahwa diri anda memiliki potensi untuk mewujudkan sesuatu yang terbaik.
Semoga tips seringkas ini bermanafaat kepada kita untuk meraih kehidupan lebih baik dan sejahtera, sekurang-kurangnya dapat kita memadamkan dan selama-lamanya menghilangkan unsur sifat negatif pada diri.
Susunan: Admin
Sumber: womanitely
Kunjungi pusat latihan pengucapan awam (peluang belajar sepanjang hayat), Kelab Pidato Toastmasters Sandakan di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Kelas latihan diadakan setiap Rabu, minggu ke-dua dan ke-empat tiap-tiap bulan bermula jam 7:30 petang sehingga 9:30 malam. Toasmasters di mana pemimpin tercipta.
No comments:
Post a Comment