Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Friday, 29 March 2013

4 Kebiasaan Menjadikan Wanita Lebih Berjaya




Kaum Hawa (wanita) pada asasnya memiliki kelebihan dalam melaksanakan kerjaya atau perniagaannya. Ini adalah kerana, wanita kerap kali memerlukan sokongan semangat daripada sesama mereka. Tidak hairanlah jika wanita cenderung lebih banyak berbagi satu sama lain demi menyuntikkan semangat untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kerjaya mereka.

Wanita selalunya mempunyai empat kebiasaan yang dilakukannya, pada masa sama membantunya mengejar dan mengecapi kejayaan.


1. Sentiasa percaya diri, namun rendah hati


Wanita memiliki kepercayaan diri yang tak kalah dengan laki-laki. Namun, kecenderungannya laki-laki sering kali terlalu percaya diri. Sedangkan wanita cenderung menyeimbangkan kepercayaan dirinya dengan kerendahan hati.

Kimberly Roussel, seorang usahawan yang berjaya di Los Angeles, pemilik restoran 24 jam, iaitu sebuah klab di Hollywood, dan juga perniagaan katering berkongsi pendapatnya. 

Katanya, kepercayaan diri yang ditanamkan oleh orangtuanya sejak dia masih kecil telah menjadikannya lebih berani mengambil dan berhadapan risiko dan mampu mengatasi ketakutan. Begitu juga ketakutan dan kekuatiran mengenai pelbagai perkara dapat diselesaikan, bahkan lenyap sama sekali, dunia lebih terbuka dengan anda melalui berbagai cara yang tak pernah disangka.


2. Mengurus emosi


Emosi adalah satu sumber masalah yang sering timbul di tempat kerja. Apatah lagi jika anda tidak mampu mengatasi dan mengurus emosi. Boleh juga anda belajar dari seorang lelaki mengenai sikapnya yang cenderung tidak menanggap suatu masalah secara personal. Kerana dengan cara demikian, anda tidak akan dapat melihat masalah emosi di tempat kerja.

Johnson Mandell, penulis buku best seller "Career Comeback" menyarankan jika emosi mula menguasai diri di tempat kerja, lebih baik beri tumpuan waktu untuk diri sendiri.

"Pergi saja ke toilet, tenangkan diri sendiri," jelas Mandell.

Namun, jika perkara ini terlalu sering dilakukan, artinya anda selalu mengalami masalah emosi di tempat kerja. Jka ini berlaku, ada baiknya menilai kembali tugasan di tempat kerja anda. Boleh jadi ianya tidak menyangkut suasana hati anda yang bermasalah, melainkan memang situasi tempat kerja yang tidak kondusif.


3. Tersusun dan terurus


Untuk mencapai matlamat sesuatu pekerjaan yang diharapkan, bahkan oleh diri anda sendiri, Anda mestilah menyusun strategi. Lakukan semua pekerjaan dengan teratur dan terurus dengan baik. Buatkan senarai tugasan yang harus anda selesaikan setiap hari, dan fokus untuk menuntaskannya dengan baik.

Samira Asemanfar, pemilik sebuah salon di Los Angeles, berkata, bekerja memerlukan persiapan. Persiapan tersebut sudah dilakukan Asemanfar setiap petang.

"Saya selalu mengadakan penilaian diri setiap petng, apa yang sudah saya lakukan hari ini dan apa yang harus saya selesaikan pada esok hari, kemudian apa saja susunan pekerjaan," katanya.


4. Meningkatkan kemampuan berkomunikasi


Wanita secara alami memiliki kemampuan berkomunikasi. Meskipun demikian, kemampuan dan kemahiran komunikasi pada wanita tetap perlu diperbaiki dan dipertingkatkan.

Kunci kejayaannya bukan sekadar kemampuan bertutur, melainkan lebih kepada ketelitian dalam bertutur atau berkomunikasi. Supaya berjaya dalam pekerjaan, perhatikan perkara secara terperinci, termasuk dalam berkomunikasi. Hindari kesalahan dan ketelanjuran percakapan, atau salah dan tersilap menuliskan hal kecil yang nampak terhadap pencitraan anda.

Maseena Ziegler, penulis buku best seller di Hongkong berjudul "Ladies Who Launch in Hong Kong" berkata, tanamkan dalam diri bahwa anda adalah wanita yang bijak, memiliki tata bahasa yang elok dan sopan, serta bermutu tinggi.

Sikap yang positif ini secara tidak langsung akan membantu anda untuk menghindari berbagai kesilapan kecil dalam berkomunikasi, yang boleh menjejaskan citra anda. Kerana jika terlalu sering melakukan kesilapan dalam ucapan atau ketika berkomunikasi, menunjukkan sikap yang tidak teliti dan tidak mempedulikan sesuatu perkara secara terperinci dan tersusun.


Susunan:  Admin
Sumber:  kompas female


No comments:

Post a Comment