Gambar berkumpulan ahli-ahli Sandakan Toastmasters Club dan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan
Lawrence Dumling dinobatkan pemenang pengucapan awam antarabangsa (International Speech Contest) dan Shane Ho pemenang ucapan tajuk bualan (International Table Topic Contest) peringkat kelab oleh Sandakan Toastmasters Club bagi tahun 2013 berlangsung di Mark's Lodge, Bandar Indah Jaya, Sandakan pada Khamis.
Turut hadir memeriahkan majlis dengan kehadiran seramai 9 orang ahli dari Kelab Pidato Toastmasters Sandakan.
Tahun ini, Sandakan menjadi tuan rumah dalam penganjuran pertandingan serupa bagi peringkat kawasan (Area Level) yang akan diadakan pada 24 Mac ini, melibatkan empat buah kelab Toastmasters terdiri dari; Tawau Toastmasters Club, Lahad Datu Toastmasters Club, Sandakan Toastmasters Club dan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan.
Sementara Kelab Pidato Toastmasters Sandakan pula akan mengadakan pertandingan yang sama pada 13 Mac ini yang akan menampilkan seramai 8 orang ahli yang mengambil bahagian. dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan.
Presiden, Sharifah Fatimah bersama ahli-ahli Kelab Pidato Toastmasters Sandakan
Shane Ho pemenang International Table Topic Contest
Lawrence Dumling pemenang International Speech Contest
Pemenang-pemenang bersama ahli-ahli Kelab Pidato Toastmasters Sandakan
Meraikan hari lahir dua orang Ahli Toastmasters
Ling How Kee dan Hajah Mariam lahir di bulan Februari
President Sandakan Toastmasters Club berucap menutup program pertandingan
Sumber: Admin
No comments:
Post a Comment