Para pemenang, peserta dan petugas Penyelaras Pertandingan Table Topics & International Speech Contest tahun 2013
Tahun ini Sandakan menjadi tuan rumah mengendalikan program pertandingan Ucapan Tajuk Bualan dan Pidato Antarabangsa (Table Topics & International Speech Contest) berlangsung di Hotel Borneo Cove pada Ahad.
Program yang bermula jam 08:30 pagi berjaya mengumpulkan penyertaan seramai lapan orang ahli Toastmasters dari empat buah kelab di peringkat Area K2 yang terdiri dari Sandakan Toastmasters Club, Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, Lahad Datu Toastmasters Club dan Tawau Toastmasters Club.
Kelab Pidato Toastmasters Sandakakan diwakili oleh Encik Alawih D. Yusop ACB yang mengambil dalam kedua-sdua bahagian iaitu Table Topics dan Internatioanl Speech.
Ketika mengumumkan keputusan, Pengerusi Pertandingan, Area Governor, Ling How Kee, ACS, ALB berakata persaingan yang agak ketara apabila melihat pencapaian markah yang berdekatan diperolehi oleh semua peserta pertandingan.
"Ini menunjukan pencapaian dari segi peningkatan kemahiran dalam pengucapan awam (communicatioan skill) telah berkembang." Katanya.
"Semua peserta telah menunjukan komitmen masing-masing dalam mempersembahkan ucapan." Jelasnya
Semantara itu katanya. "Para audience dalam keadaan tekun memerhatikan persembahan yang dimainkan oleh semua peserta, ini bernmakna persembahan semua peserta dapat menarik perhatian para pendengar."
Pemenang Table Topics Contest
Johan - Vincent Chong
Naib Johan - Laurence L. Dumling
Tempat Ketiga - Wong Kah Yun
Pemenang International Speech:
Johan - Annie Tshen
Naib Johan - Laurence L. Dumling
Tempat Ketiga - Yong Jin San
Turut hadir; Datuk Hassan Alban DTM, Datin Nurifrederi ACS, CL, President Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, Puan Sharifah Fatimah Sharif Ameeril CC, CL, Chartered President Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, Tuan Hj. Awang Jaafar CC, Encik Ismail Hassan TM dan Puan Hajah Mariyam TM.
Vincent Chong - Johan Table Topics Contest
Pemenang Table Topics Contest
Pemenang International Speech Contest
Sebahagian dari tetamu / audience - Di Kotel Borneo Cove Ball Room
Sharifah Fatimah CC, CL, Hj. Awang Jaafar CC, Alawih D. Yusop ACB & Hajah Mariam TM (Ahli Kelab Pidato Toastmasters Sandakan)
Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato Toastmasters Sandakan pada Rabu minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan mula 7:30 petang - 9:30 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters di mana pemimpin tercipta.
Sumber: Admin
No comments:
Post a Comment