Chartered President, Haji. Awang Jaafar CC (duduk) dan Bekas President, Haji Pg. Biddin Timbang ACB, CL (berdiri)
Bermula 10 April 2013 Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (KPTS) telah berpindah lokasi mesyuarat latihan dan pengurusan dari Taman Pecky Valley, Batu 2, Jalan Utara, Sandakan ke alamat baru; Lot 2, Tingkat Satu, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan.
Peta Lokasi:
http://goo.gl/maps/NN7UF
Sebenarnya ia bukanlah alamat yang baru, lokasi berkenaan pernah menjadi alamat pertama semasa KPTS mula-mula dibentuk sepuluh tahun yang lepas. KPTS ini adalah salah satu di antara 13,500 kelab di seluruh dunia diwujudkan oleh Toastmasters International, ditaja oleh Datuk Hassan Alban DTM di mana President Pertama (Chartered President) KPTS adalah Tuan Haji Awang Jaafar CC.
President KPTS pada masa ini, Sharifah Fatimah Sharif Ameeril CC, CL (2012-2013) sebagai pemimpin jawatankuasa mentadbir KPTS. Biasanya jawatankuasa yang dipilih setiap tahun dari jawatan President sehinggalah ke Sergent at arms bertugas muali 1 Jun segingga 31 May tiap-tiap tahun.
Sekembalinya KPTS ke alamat berkenaan, dua individu iaitu, Roy Marten dan Mohd Risman Redwan menyertai kelab.
Penaja KPTS, Datuk Hassan Alban DTM (sebelah kiri)
Pengacara Mesyuarat Latihan, Toastmaster Anangdiri Janang
Turut hadir mesyuarat latihan , Area Governor K2, Ling How Kee ACS, ALB
Presedent KPTS, Sharifah Fatimah CC, CL menghadiahkan senaskah Majalah Toastmasters kepada Mohd Risman Redwan (Ahli Baru)
Sebahagian Anugrah Pencapaian (Distinguished Club & Distinguished President) untuk KPTS dari Toastmasters International
Kunjungi pusat latihan pengucapan awam KPTS pada Rabu minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan mul;a jam 7:30 petang - 9:30 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters di mana pemimpin tercipta.
Sumber: Admin
No comments:
Post a Comment