Area K2 Governor, Encik Ling How Kee ACS, ALB
MESYUARAT LATIHAN Siri 24 April 2013 fokus kepada agenda Tajuk Bualan (Table Topics) dan Seminar Pendek bertajuk Kepimpinan Cemerlang oleh Area K2 Governor, Encik Ling How Kee ACS, ALB bertempat di Pejabat Perhubungan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (KPTS).
Beliau membentangkan projek seminar pendek yang details tentang kunci untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya (successful leader) dalam menentukan matlamat dan kecemerlangan serta pencapaian organisasi termasuk kejayaan kepimpinan.
Katanya, terdapat 5 peringkat menyusun perancangan program untuk meningkatkan kejayaan organisasi dan kepimpinan selain komitmen yang positif dalam menggerakan program yang telah ditentukan.
Kecemerlangan sesbuah kelab Toastmasters adalah bergantung kepada pencapaian Distinguished Club Program (DCP) iaitu 10/10 yang telah ditentukan oleh Toastmasters International untuk dicapai oleh setiap kelab.
Terdahulu, Distinguished Toastmasters, Datuk Hassan Alban selaku Juru Tajuk Bualan mengetengahkan 5 soalan pada mesyuarat latihan berkenaan. Soala-solan yang beliau lontarkan menarik dan menguji minda serta perhatian seramai 8 orang ahli kelab yang menjawab di mana soalan-soalan itu bersesuaian dengan keadaan semasa.
Ada empat orang tetamu hadir pada mesyuarat kali ini termasuk Ling How Kee ACS, ALB yang turut memaklumkan hasratnya untuk menyertai KPTS.
Turut hadir dan menyertai KPTS adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kg. Bokara, Encik Yasser Hamdan dan rakannya Encik Mohd Sallim Jifli.
Datuk Hassan Alban DTM dan Datin Nurifrederi ACS, CL
Sebahagian dari ahli KPTS yang hadir
Encik Ling How Kee ACS, ALB turut serta menjawab soalan Juru Tajuk Bualan
Sesi Ucapan Lawak Jenaka oleh Roy Marten
Sebahagian dari ahli KPTS yang hadir
Encik Yasser Hamdan (tetamu) berucap memperkenalkan diri kepada ahli-ahli KPTS
Encik Sallim Jipli (tetamu) berucapa memperkenalkan diri kepada ahli-ahli KPTS
Sumber: Admin
No comments:
Post a Comment