
Gambar para peserta pertandingan bersama Jawatankuasa Penganjur & Rombongan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan
Jawatankuasa Kelab Pidato Toastmasters Sandakan diketuai oleh Presiden, Hj. Awang Jaafar telah menghadiri Program Evaluation & Humorous Speech Contest peringkat Sandakan Toastmasters Club tahun 2013 di Ballroom, Borneo Cove Hotel, Sandakan pada Khamis.
Lawrence Dumling CC memenangi Evaluation Speech Contest menewaskan empat peserta lain sementara Vannessa Lim CC, ALB memenangi bahagian Humorous Speech Contest menewaskan dua yang lain.
Kedua mereka akan mewakili Sandakan Toastmasters Club untuk pertantingan peringkat Area K2 yang akan diadakan pada 28 September 2013 di Tawau yang akan melibatkan empat buah kelab iaitu Tawau Toastmasters Club, Lahad Datu Toastmasters Club dan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan.
Rombongan dari Kelab Pidato Toastmasters Sandakan yang menghadiri program ini; President, Hj. Awang Jafar CC, CL, Vice President Education, Alawih D. Yusop ACB, Vice President Public Relations, Sante Valliamon CC, Secretary, Nur Asmah Pang CC, CL dan Treasurer Hajah Kasmah Mokmin.

Pengerusi Penganjur, Kwan Wai Pang CC menemubual para peserta pertandingan

District 87 Governor, Datin Grace Chiu DTM menyampaikan hadiah tempat pertama Evaluation Speech dimenangi oleh Lawrence Dumling CC

District 87 Governor Datin Grace Chiu DTM menyampaikan hadiah tempat pertama Humorous Speech dimenangi oleh Vannessa Lim CC, ALB

Para pemenang pertandingan Evaluation Speech Contest 2013

Para peserta dan hadiri/audience

President Sandakan Toastmasters Club 2013/2014, Vannessa Lim CC, ALB menyampaiakan ucapan penutupan

Gambar rombongan dari Kelab Pidato Toastmasters Sandakan bersama peserta pertandingan

Admin bersama seorang tetamu termuda, adik Sakaran Rubama
Kunjungi Pusat Latihan kami pada Rabu minggu kedua dan keempat setiap bulan, jam 7:00 - 10:00 malam, di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Sandakan. Toastmasters International di mana pemimpin tercipta.
Sumber: Admin
No comments:
Post a Comment