Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Wednesday, 11 September 2013

MAJLIS INSTALASI 2013/2014 - Sabah Hotel, Sandakan


Barisan Jawatankuasa Baru 2013-2014 Kelab Pidato Toastmasters bersama Area K2 Governor, Datin Betty Hiew CC, CL


Toastmasters District 87 Governor 2013/14, Datin Grace Chiu DTM berkata, jika kita mengutamakan kualiti sudah pastinya ia akan disusuli dengan kuantiti, orang lain tidak akan datang menyertai kita sekiranya kita tidak membantu mereka.

" Saya percya sebagai seorang pemimpin, jika kita ingin mencapai kejayaan hendaklah kita berkhidmat dan prihatin terhadap orang pasti anda akan memperoleh kualiti, sebab sekiranya anda memiliki kualiti pasti kuntiti akan menyusul. " Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada Majlis Instalasi Jawatankuasa Kelab Pidato Toastmasters bagi penggal 2013/2014 bertempat di Grand Ballroom, Sabah Hotel, Sandakan pada Sabtu..

Terdahulu Datin Grace Chiu DTM memberitahu bahawa Kelab Pidato Toastmasters Sandakan telah ditubuhkan sekitar Mac tahun 2003, hanya selepas tiga tahun daripada itu barulah majlis instalasi untuk kelab ini dilangsungkan dan ini bermakna Kelab Pidato Toastmasters Sandakan mengadakan instalasi kali ini adalah untuk tahun kali yang ke-tujuh.

Dalam pada itu beliau memaklumkan bahawa Kelab Pidato Toastmasters Sandakan telah mengekalkan pencapaian status President Distinguished Club selama 6 tahun berturut-turut

Kami difahamkan kewujudan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan adalah ditaja oleh Datuk Hassan Alban Sandukong DTM sepuluh tahun lepas di mana Hj. Awang Jafar juga adalah Chartered President, iaitu Presiden Pertama Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, dan pada tahun ini beliau diberi mandat memimpin kelab untuk kali kedua.

Sementara itu Pengerusi Penganjur Majlis Isntalasi Kelab Pidato Toastmasters Sandakan tahun ini, Sharifah Fatimah Sharif Ameeril CC, ALB berkata pada tahun 2012-2013 merupakan tahun kesinambungan pencapaian kecemerlangan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan berturut-turut adalah hasil kerjasama dan komitmen rakan-rakan semua.

" Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Kelab Pidato Toastmasters Sandakan telah memberikan khidmat bakti dan sokongan jitu kepada saya semasa memimpin kelab ini hingga mencapai kecemerlangan sebagai satu-satunya kelab berbahasa melayu yang unggul dalam District 87. "  Katanya.

Beliau yang juga Presiden Kelab Pidato Toastmasters Sandakan 2012-2013, merasa berkeyakinan dan percaya bahawa usaha sedemikian akan berterusan sekiranya Jawatankuasa Kelab dan ahli-ahli dapat memberikan kerjasam dan komitmen terhdap tugasan masing-masing.

Competent Communicator & Advanced Leader Bronze, Sharifah Fatimah menyeru kepada rakan-rakan ahli kelab supaya sama-sama berganding bahu memberikan sokongan kepada kepimpinan Jawatankuasa yang baru tahun 2013-2014 meneruskan kecemerlangan.

Selanjutnya Presiden Kelab Pidato Toastmasters Sandakan bagi penggal 2013-2014, Hj. Awang Jafar CC, CL menjelaskan apakah itu Toastmasters....di hadapan lebih 150 orang ahli Toastmasters dan tetamu yang dalam Majlis Instalasi.

Katanya.  " Toastmasters adalah bermaksud pembakar semangat setiap individu yang menyertai kelab dan menjadi ahli akan terbangkit semangatnya untuk mempelajari dua perkara asas di dalan Toastmasters iaitu pertama ialah tentang kemahiran berkomunikasi dan kedua ialah tentang pendidikan untuk menyampaikan mesej melalui proses latihan yang diadakan. "

Beliau menerangkan ungkapan The Law of Three yang dipinjam daripada Datuk Hassan Alban Sandukong DTM iaitu 3T. Di mana T yang pertama adalah "Tahniah", T yang kedua adalah "Tolong" dan T yang ketiga adalah "Terima kasih".

" Apabila kita mendapat sesuatu kejayaan dan penghargaan maka hendaklah kita mengucapkan terima kasih . " Ujarnya.

" Tahniah kepada anda semua, apa yang kita dengar, apa yang kita lihat sebentar tadi dan apabila kita keluar dari ruang ini, bisik-bisiklah sampaikan cerita ini kepada kita yang belum faham, jika kita mahu tahu sebenarnya apakah itu Toastmasters, saya menjemput datanglah kelas-kelas latihan Toastmasters untuk mendapat gambaran dan juga didikan tentang proses pembelajaran dan latihan pengucapan awam. " Sambungnya.

Hj. Awang Jafar CC, CL memberi saranan kepada Jawatankuasa Kelab Pidato Toastmasters mengakui taat untuk melakukan tugas dan juga ahli-ahli yang lain supaya sama-sama dalam barisan kepimpinan baru ini bekerjasama dan tolong menolong serta senantiasa menjadikan yang berat akan menjadi ringan.

Hadir sama; Area Governor K2, Datin Betty Hiew CC, CL, Datuk Hassan Alban Sandukong DTM bersama Datin Nurifrederi ACS, CL, President Sandakan Toastmasters Club, President Lahad Datu Toastmasters Club dan President Sandakan Manderin Toastmasters Club.


Pengacara Majlis Instalasi, Nur Asmah Pang CC, CL dan Toastmasters Yasser Rashdan Hamdan


Pengerusi Penganjur Majlis Instalasi, Sharifah Fatimah Sharif Ameeril CC, ALB menyampaiakan ucapan alul-aluannya kepada sidang hadirin


Presiden Kelab 2013-2014, Tuan Haji Awang Jafar CC, CL memberikan ketika memberikan ucapan


District 87 Governor, Datin Grace Chiu DTM semasa menyampaiakan ucaptamanya sebagai Tetamu Kehormat, Majlis Instalasi 2013


Datuk Hassan Alban Sandukong DTM menerima Sijil Pencapaian Advanced Communicator Bronze untuk kali yang ke-15


Alawih D. Yusop ACB, menerima Sijil Peencapaian Advanced Communicator Bronze


Mohammad Akram Indin CC, menerima Sijil Pencapaian Competent Communicator


Ismail Hassan CC, menerima Sijil Pencapaian Competent Communicator


Sharifah Fatimah Sharif Ameeril CC, ALB menerima Sijil Penghargaan sebagai Presiden Kelab


Bersama District Governor 87, Datin Grace Chiu DTM & Area K2 Governor, Datin Betty Hiew CC, CL


Persembahan hiburan oleh Johana Awang Salim CC diiringi tarian tarian oleh ahli-ahli Kelab


Nyanyian tradisional oleh Hatta Yunus Sawabi ACG, ALB & Johana Awang Salim CC bersama ahli-ahli Kelab


Persembahan menarik tarian Poco-Poco oleh ahli-ahli Toastmasters turut diserta oleh 
Datin Betty Hiew CC, CL


Admin bersama President Lahad Datu Toastmasters Club, Ir. Samsuddin dan Datuk Hassan Alban Sandukong DTM


Admin bersama Area K2 Governor, Datin Betty Hiew CC, CL dan President Lahad Datu Toastmasters Club, Ir. Samsuddin


Kunjungi Pusat Latihan kami pada Rabu minggu kedua dan keempat setiap bulan, jam 7:00 - 10:00 malam, di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Sandakan. Toastmasters International di mana pemimpin tercipta.


Sumber: Admin


No comments:

Post a Comment