Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Saturday, 24 August 2013

Lawatan Pertama Area Governor K2, Datin Betty & Lee Chye Ewe DTM Ke Kelab Pidato Toastmasters Sandakan




Area Governor K2 (2013-2014), Datin Betty bersama Distinguished Toastmaster Lee Chye Ewe  telah mengadakan siri lawatan pertamanya ke Kelab Pidato Toastmasters Sandakan di lokasi mesyuarat latihan Lot 2 Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Aiport, Batu 7 Sandakan pada Rabu.

Mesyuarat kali ini telah menarik kehadiran seramai 8 orang tetamu daripada Persatuan PUSAKA untuk menyaksikan perjalanan latihan yang biasa dilaksanakan. Cuma pada waktu ini, hanya seorang sahaja yang menyampaikan pidato manual Competent Communicator.

Kerana sebuah Ucapan Taklimat yang ada hubung kait dengan kepimpinan diselengarakan oleh Area K2 Governor Datin Betty sejurus disampaikan oleh Lee Chye Ewe DTM. Ucapan berkenaan adalah khusus sebagai latihan kepada ahli kelab terutama kepada pegawai-pegawai yang telah diberi tanggunjawab untuk melaksanakan tugas masing-masing.

Ucapan beliau fokus kepada tugasan memberi galakkan kepada ahli kumpulan dengan menggunakan kemahiran sedia ada dengan memerhatikan aspek penting yang melibatkan sumber tarikan atau menggalakkan ahli kumpulan.

Turut hadir; President Sandakan Toastmasters Club bersama dua lagi ahlinya.


Pengecara, Nur Asmah Pang CC, Cl menyerahkan majlis kepada Juru Tajuk Bualan, Sharifah Fatimah Sharif Ameeril CC, CL


Ling How Kee ACS, ALB menjawab soalan Tajuk Bualan


Lee Chye Ewe DTM, turut diberi peluang menjawab Tajuk Bualan


Invokator, Hatta Yunus Sawabi ACG, ALB


Alawih Dantalmura ACB ketika menjawab Tajuk Bualan


Toastmaster Zulkefli Mohammad mempersembahkan Pidato Manual Competent Communicator Ke-Tiga berjudul Matlamat Sebuah Kilang Sawit


Sidang Mesyuarat Latihan tekun memerhatikan pemidato


Area K2 Governor, Datin Betty berucap memperkelanlkan diri dan sekaligus memperkenalkan Lee Chye Ewe DTM kepada Sidang Mesyuarat Latihan


Lee Chye Ewe DTM menyampaikan ucapan berjudul Memberi Galakkan Kepada Ahli


Lee Chye Ewe DTM menerangkan menggunakan power point


Presiden Kelab, Tuan Hj. Awang Jafar CC, CL berucap mengakhiri Sidang Mesyuarat


Para tetamu dari Persatuan PUSAKA


Salah seorang daripada peserta tetamu menyampaikan komen


Gambar berkumpulan semua Ahli Sidang Mesyuarat


Kunjungi Pusat Latihan kami pada Rabu minggu kedua dan keempat setiap bulan, jam 7:00 - 10:00 malam, di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Sandakan. Toastmasters International di mana pemimpin tercipta.


Sumber: Admin


2 comments: