Area Governor K2 (2013-2014), Datin Betty bersama Distinguished Toastmaster Lee Chye Ewe telah mengadakan siri lawatan pertamanya ke Kelab Pidato Toastmasters Sandakan di lokasi mesyuarat latihan Lot 2 Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Aiport, Batu 7 Sandakan pada Rabu.
Mesyuarat kali ini telah menarik kehadiran seramai 8 orang tetamu daripada Persatuan PUSAKA untuk menyaksikan perjalanan latihan yang biasa dilaksanakan. Cuma pada waktu ini, hanya seorang sahaja yang menyampaikan pidato manual Competent Communicator.
Kerana sebuah Ucapan Taklimat yang ada hubung kait dengan kepimpinan diselengarakan oleh Area K2 Governor Datin Betty sejurus disampaikan oleh Lee Chye Ewe DTM. Ucapan berkenaan adalah khusus sebagai latihan kepada ahli kelab terutama kepada pegawai-pegawai yang telah diberi tanggunjawab untuk melaksanakan tugas masing-masing.
Ucapan beliau fokus kepada tugasan memberi galakkan kepada ahli kumpulan dengan menggunakan kemahiran sedia ada dengan memerhatikan aspek penting yang melibatkan sumber tarikan atau menggalakkan ahli kumpulan.
Turut hadir; President Sandakan Toastmasters Club bersama dua lagi ahlinya.
Pengecara, Nur Asmah Pang CC, Cl menyerahkan majlis kepada Juru Tajuk Bualan, Sharifah Fatimah Sharif Ameeril CC, CL
Ling How Kee ACS, ALB menjawab soalan Tajuk Bualan
Lee Chye Ewe DTM, turut diberi peluang menjawab Tajuk Bualan
Invokator, Hatta Yunus Sawabi ACG, ALB
Alawih Dantalmura ACB ketika menjawab Tajuk Bualan
Toastmaster Zulkefli Mohammad mempersembahkan Pidato Manual Competent Communicator Ke-Tiga berjudul Matlamat Sebuah Kilang Sawit
Sidang Mesyuarat Latihan tekun memerhatikan pemidato
Area K2 Governor, Datin Betty berucap memperkelanlkan diri dan sekaligus memperkenalkan Lee Chye Ewe DTM kepada Sidang Mesyuarat Latihan
Lee Chye Ewe DTM menyampaikan ucapan berjudul Memberi Galakkan Kepada Ahli
Lee Chye Ewe DTM menerangkan menggunakan power point
Presiden Kelab, Tuan Hj. Awang Jafar CC, CL berucap mengakhiri Sidang Mesyuarat
Para tetamu dari Persatuan PUSAKA
Salah seorang daripada peserta tetamu menyampaikan komen
Gambar berkumpulan semua Ahli Sidang Mesyuarat
Kunjungi Pusat Latihan kami pada Rabu minggu kedua dan keempat setiap bulan, jam 7:00 - 10:00 malam, di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Sandakan. Toastmasters International di mana pemimpin tercipta.
Sumber: Admin
Terima kasih atas laporan yang dipaparkan untuk tatapan umum :-)
ReplyDeleteSama2 DTM.
Delete