Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Friday, 10 February 2017

MESYUARAT LATIHAN SIRI 2017-02-08


Tetamu En. Mohd Said Valliamon (baju putih)

"Sauh tidak menjadi besi, tetapi besi menjadi sauh. Jauh tidak menjadi benci, tetapi benci menjadi jauh."


Seramai dua belas anggota dan seorang tetamu En. Mohd Said Valliamon hadir di Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 bertempat di Pusat Latihan Pengucapan Awam Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato) pada Rabu.

En. Mohd Said Valliamon telah empat kali menghadiri kelas latihan Kelab Pidato dan beliau dijangka akan mendaftar sebagai ahli Kelab Pidato menjelang bulan Mac depan.

Mesyuarat Latihan ini menyaksikan tiga orang ahli Kelab Pidato telah mempersembahkan ucapan:
  1. Ustazah Diana Darman berucap melalui Manual Competent Communicator (CC) bahagian ke-3.
  2. Ling How Kee DTM juga berucap melalui Manual CC bahagian ke-3
  3. Datuk Hassan Alban DTM berucap melalui Manual Advanced Communication Series untuk Advanced Communicator Bronze bahagian ke-7 untuk pusingan kali ke-13.
Terdahulu Toastmaster Norizan Endu seorang ahli yang menyertai Kelab Pidato pada tahun lepas memulakan pembukaan Mesyuarat Latihan dengan mengemukakan kata-kata mutiara "Budaya Membaca."

Beliau ungkapkan sepotong madah "Sauh tidak menjadi besi  tetapi besi menjadi sauh. Jauh tidak menjadi benci, tetapi benci menjadi jauh,"

Sementara itu Datin Nurifrideri Bederi ACS, ALB kendalikan sesi Tajuk Bualan dengan lontaran sebanyak 12 soalan yang kesemuanya dapat oleh 12 ahli Kelab Pidato dan seorang tetamu.

Turut hadir; Datuk Hassan Alban DTM dan Ling How Kee DTM.


Pn. Nur Asmah Pang CC, CL (berdiri) bertugas sebagai Juru Perkataan menerang
Perkataan Hari Ini  -   " Apresiasi "


Pn. Sh. Fatimah Sf. Ammeril ACB, ALB (berdiri) bertugas sebagai Juru Tatabaha


Antara ahli Kelab yang menghadiri Mesyuarat Latihan


En. Alawih Dantalmura ACG, ALB bertugas sebagai Pengacara memberikan hadiah dua naskah Manual Advanced Communication Series kepada Toastmaster Norizan Endut


Tetamu En. Mohd Said Valliamon menerima hadiah daripada Datuk Hassan Alban DTM disampaikan oleh En. Alawih Dantalmura ACG, ALB


Group Photo Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan diadakan pada 15/02/2017



Oleh: Admin

Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato pada Rabu minggu ke-2 dan ke-3 setiap bulan bermula jam 7:30 hingga 10:00 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. TOASTMASTERS where leaders are made

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete