Presiden Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (2013-2014), Hj. Awang Jafar CC, CL dan Mantan Presiden (2012-2013), Sharifah Fatimah Sharif Ameeril CC, ALB
Apabila seorang pemimpin berhasrat mengajak orang lain kepada kejayaan, maka perkara asas dan utama yang perlu dilakukan adalah membina kumpulan. Persefahaman dalam kumpulan sangat penting untuk menjayakan sesuatu matlamat sehingga menjadi kenyataan dan cemerlang.
Kita tidak boleh bergerak pantas dan lancar tanpa sebuah kumpulan yang kukuh yang berorientasikan kepada kesungguhan tanggungjawab. Sebab seseorang pemimpin yang ingin melakukn transformasi tidak mampu bekerja sendirian. Kejayaan yang dicapai oleh seorang hanyalah mitos.
Kouzes & Posner pernah berkata. "Kita tidak boleh melakukan sesuatu yang baik tanpa orang lain."
Membina kumpulan yang kukuh dan seterusnya menikmati kecemerlangan salah satu caranya adalah seperti apa yang dikatakan oleh John C. Maxwell (penerima Golden Govel 2012) memerlukan formula 3K.
1. KOMUNIKASI: Sesebuah organisasi yang dedikasi kepada komunikasi dan kepimpinan, ia adalah ironis yang ahli-ahli kumpulan ada masa-masa gagal berkomunikasi antara satu sama lain, terutamanya mengenai perkara-perkara penting seperti penetapan matlamat, strategi dan membuat keputusan. Komunikasi adalah sumber asas dalam membina kepercayaan yang sangat penting, seterusnya menyumbang kekuatan kepada kumpulan untuk berjaya dan seterusnya menikmati kecemerlangan.
2. KERJASAMA: Selepas aplikasi komunikasi kerjasama dapat diwujudkan, ini adalah apa yang membolehkan para ahli fungsi dengan baik sebagai satu pasukan mantap. Bagi seorang pemimpin, untuk mendapat kerjasama daripada ahli-ahli pasukan, dia perlu mempunyai perasaan dan minda yang terbuka. Kita perlu mengatasi dan menghadapi semua jenis lapisan masyarakat untuk menjadi betul. Ini membawa makna bahawa kita meletakkan dan mengenepikan perasaan ego dan mula bersedia untuk sesakali merasa bersalah.
3. KOMITMEN: Apabila komunikasi dan kerjasama telah diwujudkan dan diamalkan dalam kumpulan, ia boleh secara tidaklangsung melahirkan komitmen di kalangan ahli bergerak ke arah matlamat yang dikongsi bersama dan seterusnya mencapai kecemerlangan. Kekuatan individu bangkit dengan bantuan satu pasukan aktif. Apabila setiap ahli daripada kumpulan merasai dan melihat 3K dalam pasukan kepimpinan mereka, ini membuahkan inspirasi untuk mencontohi tingkah laku pemimpin-pemimpin dan memberi sokongan serta tanggungjawab masing-masing supaya dapat menikmati kejayaan bersama.
Satu contoh yang telah dimainkan oleh ahli Exco Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, hampir saban tahun berjaya mengekalkan kecemerlangan dengan mencapai tahap marka 10/10, iaitu marka penuh untuk sesebuah kelab menerima penghargaan President Distinguished Club dari Toastmasters International.
Kejayaan yang dicapai ini adalah hasil daripada formula 3K di atas, iaitu berlatih, berlatih dan berlatih untuk memperbaiki komunikasi, kerjasama dan komitmen. Setelah ketiga-tiga mesaj ini dapat diterapkan oleh setiap ahli dalam kumpulan, konklusif apapun matlamat yang digariskan akan dapat dicapai dengan mudah, ibarat kata pribahasa "seperti aur dengan tebing."
Toastmasters adalah satu lapangan dan destinasi untuk melakukan latihan yang baik bagi memperkasa, meningkatkan qualiti kepimpinan. Setiap pemimpin di mana-mana kelab Toastmasters, sedia untuk menerima dan berkongsi tenaga komitmen untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan tempoh untuk mencapainya.
Datanglah ke Pusat Latihan Pengucapan Awam, Kelab Pidato Toasmasters Sandakan pada Rabu setiap minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan, bermula jam 7:30 petang di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu7 Sandakan. Toastmasters di mana pemimpin tercipta.
Sumber: Admin
No comments:
Post a Comment