Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Thursday, 19 December 2013

Mesyuarat Latihan di penghujung tahun 2013



Mesyuarat Latihan pada kelmarin menyaksikan sesi terakhir bagi Kalendar Tahun 2013. Vice President Education, Alawih D. Yusop ACB melaporkan Jawatankuasa Kelab Pidato Toastmasters Sandakan setakat ini telah pun berhasil mengumpul 5 markah dan ada berbaki 6 bulan lagi untuk mencapai matlamat markah penuh 10/10.


Semasa berucap mewakili Presiden Kelab, Tuan Hj. Awang Jaafar CC, CL beliau berkata Kelab Pidato Toastmasters Sandakan boleh mencapai matlamat (target) memperolehi markah penuh 10/10 dengan komitment dan kerjasama semua Ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli yang akan menyumbang kepada penambahan markah.

Kelab Pidato Toastmasters Sandakan salah satu Kelab dalam District 87 aktif mencapai pengikhtirafan President Distinguished Club berturut-turut selama 7 tahun. Berdasarkan pengalaman-pengalaman terdahulu, tidak mustahil ia akan mengekalkan pencapaian itu untuk penggal 2013-2014.

Seajak penubuhannya pada tahun 2003, kelab ini masih tekal dengan komsep memberi pembelajaran yang efektif serta mesra persekitaran dengan menekankan kepada dua bidang utama iaitu komunikasi (pengucapan awam) dan kepimpinan (leadership). Pada masa sama ahli secara tidak langsung dapat mempelajari penguruasan organisasi, pengurusan masa dan terlatih menjadi individu yang berketrampilan positif serta berkeyakinan.


Mantan Area Governor K2, Ling How Kee ACS, ALB menyampaikan Anugrah Pencapaian President Distinguished kepada Mantan Presiden, Sharifah Fatimah CC, ALB


Hj. Al-Fazli Mohd Salleh ACS, ALB memberikan hadiah untuk semua ahli yanh hadir


VPE Alawih D. Yusop ACB menyampaikan hadiah kepada ahli kerana terbanyak menyebut Perkataan Hari Ini.


Ismail Hassan CC, turut menjawab soalan Tajuk Bualan


Pengacara Mesyuarat Latihan, Pg. Biddin Timbang CC, CL


Juru Tajuk Bualan, Kilat Elok CC, CL


Mantan Presiden Kelab Sharifah Fatimah menjawab soalan Tajuk Bualan


Persembahan Ucapan Lawak Jenaka


Kunjungi Pusat Latihan Pengucapan Awam kami pada setiap Rabu minggu ke-dua dan ke-empat setiap bulan, mula jam 7:30 - 10:00 malam, di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Sandakan. Toastmasters International di mana pemimpin tercipta.


Sumber:  Admin


No comments:

Post a Comment