Kemasyarakatan adalah amat penting di dalam dunia kerjaya anda. Dengan mewujudkan rangkaian atau networking dengan orang lain secara meluas, akan menambah peluang anda untuk mendapat kenalan atau prospek yang baru, bahkan boleh jadi peluang pekerjaan yang baru.
Sesetengah orang, beranggapan bahawa bermasyarakt adalah sesuatu amalan semula jadi. Namun, sebahagian besarnya harus berusaha menangani rasa tidak percaya diri untuk bersemuka dengan orang-orang baru.
Dalam pada itu, ada beberapa kaedah yang sederhana boleh dilakukan untuk membantu proses rangkaian sosial antaranya seperti berikut di bawah:
1. Fokus kepada tujuan
Membangunkan jaringan kerjaya merupakan satu proses yang secara relatif memerlukan waktu yang lama. Sebab itulah kita hendaklah menentukan tujuan ke arah mencapainya supaya kita lebih dikenali dalam komuniti rangkaian.
2. Lakukannya sebagai satu kebiasaan
Sentiasa hadirkan diri pada program yang berkaitan dengan kerjaya, kerana ini akan menambah peluang yang baik untuk mengembangkan rangkaian. Boleh juga mengambil bahagian dalam program yang bersifat tidak formal agar dapat mengenali orang-orang baru serta menjalin rangkaian dengan mereka. Pastikan kenal orang yang terbaikdalam sebuah rangkaian kerjaya serta berusaha menampilkan diri kita kepada mereka.
3. Personaliti berbeza
Kita bukanlah satu-satunya pihak yang berusaha membangunkan rangkaian, hendaknya juga memerhatikan bahawa mengapa orang lain pun perlukan jalinan rangkaian kerja dengan kita. Selidiki kekuatan yang ada pada diri kita kemudian pertimbangkan bagaimana ianya akan membantu kita untuk kelihatan menonjol. Jika perlu, tuliskan beberapa perkara penting yang boleh dijadikan bahan sebagai modal membuka komunikasi dengan pihak lain.
4. Adakan catatan perhubungan
Usahakan untuk memiliki buku catatan alamat sebagai rujukan yang boleh memberikan manafaat. Padanya boleh dinyatakan berserta kandungan info penting tentang rakan baru kita.
5. Tindakan susulan
Apa pun matlamat rangkaian yang anda inginkan, pastikan anda membuat tindakan susulan terhadap topik yang dibincangkan. Tindakan susulan itu boleh berupa temujanji melalui telefon atau email dengan menyatakan topik artikel yang menarik perhatian.
6. Sentiasa membawa kad nama
Kemajuan perkembangan teknologi yang semakin pesat, kad nama kemungkinan tidak lagi menjadi keutamaan, namun begitu kad nama boleh menjadikan alat pengingat terhadap rakan kenalan yang baru.
7. Jalin hubungan lebih efektif
Bersua sekilas dalam pertemuan atau melalui online, adalah jenis komunikasi yang dangkal. Perkenalan yang singkat itu boleh merupakan permulaan yang sangat baik, namun anda hendaklah memastikan hubungan yang lebih berkesan, contohnya dengan bertemu semasa makan tengahari atau kirimkan email yang lebih menarik perhatian rakan baru.
Tujuh tips tersebut jika dipraktikkan dengan baik dan berterusan, akan memberi faedah yang sangat baik untuk mencipta rangkaian baru dalam menjayakan dan mengembangkan rangkaian anda. Seperti kata pepata bahasa Enggeris “Practice makes perfect”.
Jika langkah di atas dapat anda lakukan dengan berlatih secara terus menerus, ianya akan membuahkan hasil yang positif untuk anda mengembangkan rangkaian sosial yang boleh meningkatkan pasaran kerjaya atau perniagaan anda.
Berkunjunglah ke pusat latihan pengucapan awam KPTS di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan setiap Rabu minggu ke-dua dan ke-empat mula jam 7:30 petang - 9:30 malam setiap bulan. Toastmasters di mana pemimpin tercipta.
Sumber: Admin
No comments:
Post a Comment